in

“Indah ciptaan Tuhan!” – Netizen Kongsi Fenomena Gerhana Bulan Penuh Warna Merah Dari Pelbagai Negara!

Festrdytfuyguk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, masyarakat di seluruh dunia telah berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau dikenali sebagai blood moon.


Kalau di Malaysia, ada beberapa individu juga yang telah sempat mengambil foto yang jarang dilihat, memaparkan gerhana bulan penuh berwarna merah dan dikongsikan di media sosial walaupun beberapa negeri mengalami hujan lebat semasa fenomena tersebut berlaku.

Netizen kongsi fenomena gerhana bulan penuh dari pelbagai negara

Fenomena blood moon ini telah menjadi trending di Twitter dengan rata-rata netizen yang datang dari pelbagai negara berkongsi gambar bulan yang unik itu.

Antara negara yang dilihat adalah:

1. Malaysia

Beberapa gambar telah dikongsikan di laman Facebook berkenaan gambar fenomena gerhana bulan penuh yang ditangkap di Malaysia.

MASYALLAH BULAN MALAM NI 8.11.2022yg ni ja bellaz sempat shoot ..tu pon bergegaq weh .. stand xdn ambik stand ..pinjm…

Posted by Make up by Bellaz on Tuesday, November 8, 2022

“Yang ini ja bellaz sempat shoot..tu pon bergegaq weh..stand xdn ambik stand..pinjam kepala mat nuart jaa habuan letak cemera.”

2. Filipina

Filipina juga meraih peluang untuk melihat fenomena itu dan terlihat ia lebih jelas dan sangat menakjubkan.

3. Amerika Syarikat

Tatkala Amerika Syarikat sedang mengadakan pilihan raya pertengahan penggal untuk pelantikan Senat, gerhana bulan penuh itu terlihat cantik di langit U.S. Capitol di Washington DC.

4. Jepun

Negara matahari terbit turut berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan berdasarkan laporan yang dibuat oleh seorang wartawan di sana.

5. Indonesia

Negara jiran kita, Indonesia turut berkongsi beberapa gambar mengenai gerhana bulan penuh itu di Twitter dan antara daripada mereka memuji keindahan ciptaan Tuhan itu.

Korang berpeluang tak menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku semalam?

Baca: Fenomena Gerhana Bulan Penuh Bakal Berlaku Di Malaysia Pada 26 Mei Ini

Screenshot 2022 11 09 At 1.50.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.