in

“Ilmu tak akan susut nilai. Kereta Mustang ya!” – Shahrulezad ‘Sekolahkan’ Influencer 7G?

Spm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohamed menegaskan bahawa wang tunai dan populariti bukanlah pengukur bagi kekayaan seseorang tetapi ia adalah ilmu.

Kenyataan itu dibuat berikutan dengan isu seorangg influencer yang pernah viral baru-baru ini.


 

Tanpa ilmu mencipta aplikasi media sosial yang adik gunakan sebagai lubuk buat duit.

Katanya menerusi Instagram, wang bukanlah melambangkan simbol kekayaan seseorang, tetapi ianya merupakan ilmu.

:Di samping kita menyeru kepada positivity setiap hari. Abam jugak menyeru kepada adik adik instafemes di luar sana menyeru kepada perkara yg benar. Iaitu kepentingan ilmu. Ilmu ada lah segala galanya. Tak kira lah kau cuma mampu tinggal di rumah kotak sekali pun. Tak kisahlah kalau kau cuma berkereta kancil. Janji kau berilmu dalam pelbagai bidang.”

Tambahnya lagi keputusan SPM 7G itu tidak perlu dimegahkan, sama sekali dihina. Mungkin niat gadis itu untuk memberi dorongan supaya jangan patah semangat jika gagal dalam peperiksaan tetapi menggunakan kaedah dengan menyampaian mesej seperti ilmu itu tak penting adalah tidak betul.

“Jangan dimegahkan sangat dengan SPM 7G tu. Dihina pun jangan. Tapi jangan sesekali mengelirukan adik adik kita diluar sana dengan memberi bayangan yang ilmu tu tak penting. Demi Allah ilmu adalah yang PALING penting sekali.”

Apatah lagi Islam sendiri yang menggalakkan setiap umatnya untu menuntut ilmu.

“Islam menuntut kita berilmu bukan suruh kita mengejar kefemesan dalam mencipta kekayaan. Apatah lagi bermegah megah dengannya atas alasan motivasi yang palsu. Real motivation here is KNOWLEDGE!”

“Tanpa ilmu mencipta aplikasi media sosial yang adik gunakan sebagai lubuk buat duit. Adik sudah pasti tak akan merasa sama sekali memiliki mustang yang adik dok megah megahkan tu. Untuk jadi kaya menggunakan medsos macam adik ni pun perlukan ilmu dik. Bukan semata mata pada rupa dan nasib.”

Tujuan Shahrulezad membuat kenyataan sedemikkian bukanlah sebab cemburu tetapi amat bersimpati dengan pemikiran sesetengah selebriti media sosial.

“Ilmu tak akan susut nilai. Kereta Mustang ya!Abam bukan cemburu tau. Abam cuma kesian melihat mindset sesetengah instafemes yg alahai…bijik kacang hijau pun lagi besar abam rasa.”

“Ditakdirkan suatu hari nanti seluruh internet di dunia ni lumpuh. Apa kau nak buat dik? Modal apakah lagi yg boleh kau guna selain dari ilmu untuk meneruskan kehidupan.”

Bagaimanapun, Shahrulezad faham apa yang gadis tersebut cuba sampaikan cuma caranya agak misleading.

“Guys. We are not only need to spread positivity dalam hidup tapi kita juga terdesak untuk menyebarkan kebenaran yang benar. Apa yang adik ‘bertuah’ ni cuba sampaikan pada ‘rakyat jelata/follower’ dia sangat misleading dan kita WAJIB perbetulkan.”

https://www.instagram.com/p/CJUj6bTHvHm/?igshid=6lbs8xpoeukq

Sekitar dua minggu lepas, kenyataan seorang influencer telah menerima kritikan daripada netizen kerana menayang kereta mewah baharunya dengan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan 7G.

Ia dibuat susulan dengan keputusan SPM yang sebelum ini mendapat perhatian netizen, namun  begitu hidupnya senang saat bergelar selebriti media sosial.

 

Baca : “Ayat ko ni boleh pengaruh budak-budak sekolah” – Instafamous Dikecam ‘Tampal’ Plat Kereta 7G, Bangga Dapat Result SPM Teruk?

7G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.