in

Ibu Terkejut Luka Di Muka Anak Makin Teruk Lepas Didakwa Sapu Krim Dari Klinik Swasta

page krim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang minggu ini, beberapa kali juga lalu kat timeline Twitter min pasal seorang wanita kongsikan beberapa gambar wajah anak perempuannya yang mengalami luka teruk berpunca dari gatal-gatal.

Menerusi akaun milik @nrdeanna, dia menyatakan bahawa luka di wajah anaknya semakin teruk selepas mendapat rawatan di sebuah klinik swasta. Difahamkan ianya disebabkan dari krim yang diberikan dari klinik tersebut.


https://twitter.com/nrdeanna/status/1491303165064802308?t=oYA-eQrTzqrgnzg87_5_Ug&s=19

Dari thread yang dikongsikan oleh wanita ini, dia mula perasan luka di bahagian pipi itu semakin membesar sehingga hampir ke bahagian bawah mata. Ternyata, krim berjenama Betaval Cream itu mengandungi bahan yang tidak sesuai digunakan di bahagian muka.

twitter 1

Krim itu diberikan oleh salah seorang petugas kesihatan di klinik tersebut dan disebabkan terlampau risau dengan keadaan anaknya, wanita ini segera menyapu krim ke muka anaknya dengan harapan agar cepat sembuh.

“Semoga cepat sembuh!”

Kini, difahamkan anaknya telah mendapatkan rawatan di hospital dan diberikan rawatan yang bermula dengan antibiotik. Selepas hari keempat di hospital, pakar menggunakan krim Vaseline Petroleum Jelly untuk meredakan kesan luka di mukanya.

twt 5

Perkongsian wanita itu telah menjadi buah mulut orang ramai di media sosial kerana rata-rata menyifatkan doktor atau petugas kesihatan seharusnya tahu kesan dan juga bahan yang sesuai mengikut jenis luka.

twt full 4

Bukan itu sahaja, turut ada yang memberi nasihat bahawa kandungan streoid yang ada dalam mana-mana krim tidak boleh sesuka hati disapu di bahagian muka dan juga bahagian kulit yang sensitif.

Tak apa lah, min harap semoga awak cepat sembuh ya! Untuk ibu-ibu diluar sana, pastikan sentiasa check dulu bahan yang ada dalam krim atau ubat tau?

Baca: “Fuhh, bau daging busuk!” – Doktor Terkejut Tengok Kaki Pesakit, Bahana Cuci Luka Sendiri

untitled 1 5

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.