in

Ibu Tak Dapat Pergi Haji Gara-gara Anak Perempuan ‘Rembat’ RM130,000

syaz ft 2025 12 29T164008.921

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang suri rumah didenda RM35,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor selepas mengaku bersalah mencuri wang simpanan RM130,000 milik ibu kandungnya sehingga menyebabkan warga emas itu gagal menunaikan ibadah haji.

Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman denda RM20,000 bagi pertuduhan pertama dan RM15,000 bagi pertuduhan kedua terhadap tertuduh, Norhasikin Abu Bakar, 31, dengan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda.


Artikel berkaitan: Lelaki Gagal Curi Rantai Emas RM30K Lepas Terperangkap Pintu Automatik

Artikel berkaitan: Muhyiddin Yassin Nafi Dakwaan Curi Duit Parti, Tidak Bercadang Saman Tun Dr. Mahathir

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri RM100,000 menggunakan aplikasi THiJARI milik ibunya yang berusia 67 tahun di Felda Gugusan Adela pada 21 Ogos lalu.

Dia turut didakwa mencuri RM30,000 menggunakan kad ATM Bank Islam milik ibunya di sebuah cawangan bank di Bandar Penawar pada hari yang sama.

Kesemua perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap, namun pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal memandangkan mangsa merupakan ibu kandung tertuduh dan wang berkenaan masih belum diperoleh semula.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mengaku menggunakan wang berkenaan bagi tujuan peribadi sebelum ditahan polis pada 26 Oktober lalu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.