in

Ibu Tak Cukup Duit Nak Beli Susu Anak, Ganti Dengan Air Rebusan Nasi

Ft Ibu Air Rebusan Nasi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua orang sanggup bergelumang dengan air longkang semata-mata untuk mendapatkan sesuap nasi. Korang pernah terfikir tak betapa susah nak dapatkan duit?


Baru-baru ini telah tular sebuah posting di Facebook, memaparkan kisah sedih seorang wanita yang sanggup mengambil upah mencuci longkang demi membolehkan dia mengisi perut bersama anak-anaknya.

Screenshot 2023 01 25 151527

Menerusi hantaran itu, dapat dilihat si ibu menggunakan upah RM10 berkenaan untuk membeli beras dan sardin untuk dijadikan hidangan buat dirinya dan anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, rezeki hari ini cuci longkang depan rumah jiran. Jiran bagi upah RM10. Ibu beli sardin dan beras,” tulisnya.

Difahamkan, upah yang diterima itu adalah selepas si ibu selesai mencuci longkang jirannya, namun upah yang diperolehinya masih belum cukup untuk dia membeli barangan keperluan lain, seperti makanan buat anaknya yang dijanjikan.

“Ibu janji nak beli biskut yang abang suka tapi tak cukup duit. Nasib abang faham ibu… ibu janji nanti ibu beli, ibu janji!” tulisnya di posting berkenaan.

Ganti susu pakai air rebusan nasi?

Screenshot 2023 01 25 152424

Jelas wanita itu, dia terpaksa menggunakan air rebusan nasi bagi menggantikan susu anaknya itu buat sementara waktu.

Si ibu juga meminta anaknya untuk bersabar kerana esok dia akan bekerja dan mengambil upah lagi demi membelikan susu dan nasi untuk kedua anaknya itu.

“Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti ibu kerja lagi esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, posting tersebut telah dipadam kerana menerima pelbagai kritikan dan kecaman daripada warganet. Namun, dia menegaskan dia hanya mahu berkongsi pengalamannya.

Sumber: mStar

Kadang-kadang kalau kita rasa kita dalam keadaan susah, percayalah ada orang lain yang lagi susah dari kita…

Baca  : “Taknak susahkan” – [VIDEO] Gadis Beri Makanan Pada Pak Cik Ini Buat Netizen Sebak

Ft Gadis Beri Pakcik Makanan 758X399 1

Sumber: Facebook
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.