in

“Ibu sakit, ayah ambil kesempatan kahwin lain” – Gadis Puas Hati Dapat Buat Ayah Ceraikan Ibu Tiri Perampas

Ft Rampas Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati anak mana yang tak terluka bila si ibu terlantar sakit, si bapa pula mengambil kesempatan untuk bernikah dengan wanita lain bukan?

Begitulah pengalaman perit yang dialami oleh gadis dari Indonesia ini apabila bapanya berkahwin dengan wanita lain yang digelarnya sebagai ‘pelakor’ atau ‘perampas suami orang’.


Klip video yang dimuat naik oleh gadis ini sendiri di akaun TikToknya @bintangve_ telah mendedahkan bahawa dia berpuas hati setelah akhirnya berjaya membuatkan bapanya bercerai secara rasmi dengan ibu tirinya.

Video yang ditonton sebanyak lebih daripada 1 juta kali itu berjaya meraih perhatian netizen.

https://www.tiktok.com/@bintangve_/video/6889476238646316289?referer_url=https%3A%2F%2Fwww.thereporter.my%2F&referer_video_id=6889476238646316289

 

Broken family sejak usia 5 tahun

Feat Rampas 1

Menurut gadis ini, rumahtangga antara ibu bapanya mula retak sejak dia berumur 5 tahun. Ibunya dikatakan mempunyai rakan yang dipanggil sebagai Tante M (Makcik M).

Makcik M yang juga sudah mempunyai suami, selalu meluahkan masalah rumahtangga yang dihadapinya kepada bapa gadis ini sehingga hubungan mereka menjadi rapat.

Akhirnya, Makcik M dikatakan telah bercerai dengan suaminya kerana pasangan itu sering bertengkar sehingga berlakunya isu keganasan rumahtangga.

Dalam masa yang sama, kondisi kesihatan ibu kandung gadis ini berada dalam keadaan yang agak teruk sehinggalah ibunya disahkan lumpuh.

 

Ibu sakit, bapa ambil kesempatan kahwin lain

Di atas kesempatan itu, bapanya telah mengambil keputusan untuk berselingkuh dan berkahwin dengan Makcik M tanpa pengetahuan ahli keluarganya yang lain.

Bukan itu sahaja, si gadis ini juga telah diminta oleh bapanya untuk memanggil Makcik M sebagai “Mama”. Kejadian bapanya berkahwin secara senyap-senyap ini ‘kantoi’ apabila dia terlihat gambar perkahwinan mereka lalu ditunjukkan kepada ibunya yang sedang terlantar sakit.

Mak cuma terdiam menangis. Jantungnya lemah dan dibawa ke hospital.

Menurut wanita itu lagi, ibunya patah hati yang membawa kepada kondisi kesihatannya menjadi semakin kritikal sehinggalah ibunya itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Feat Rampas

 

Sangkakan ibu tiri baik

Pada awalnya, gadis ini menyangka Makcik M ini akan melayannya dengan baik sebagai pengganti ibunya.

Namun, sangkaannya meleset sama sekali apabila ibu tirinya yang busuk hati itu selalu sahaja memfitnah dirinya berkelakuan buruk bukan sahaja di hadapan bapanya, malah dihadapan jiran-jiran mereka juga.

Rampas Banyak

 

Selalu difitnah, dikurung…

Si ibu tiri perampas itu juga pernah memfitnah gadis itu melakukan maksiat di rumah sehingga sanggup tidur dengan lelaki berusia di hotel kerana pernah balik lewat ke rumah walaupun sebenarnya dia balik lambat gara-gara menghadiri aktiviti di sekolah.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga pernah dikurung di dalam bilik oleh ibu tirinya tanpa diberi makanan sehingga terpaksa meminta bantuan dari rakannya.

Setelah aku tahu dia memfitnah aku, aku terus mengadu pada ayah dan menangis. Aku laporkan semua perbuatan Makcik M kepada aku selama ini. 

Anak tiri tu sepatutnya dilayan macam anak sendiri. 

Tambahnya lagi, dia tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan ibu tirinya itu sekiranya bapanya masih mahu meneruskan hubungan perkahwinan mereka dan mengugut mahu berpindah keluar dari rumah.

 

10 tahun terseksa, akhirnya bercerai

Apa yang lebih menyedihkan, gadis ini turut mendedahkan bahawa dia telah terseksa sepanjang 10 tahun tempoh perkahwinan bapa dan ibu tirinya itu kerana terlalu dikongkong sehingga tidak boleh berkawan dengan orang lain.

Ayah memeluk aku. Dia meminta maaf di atas semuanya.

Gadis itu memberitahu bahawa ibu tirinya itu telah menerima balasan apabila dia terlibat dalam kemalangan setelah memfitnahnya pada hari yang sama.

Dia fitnah aku pada waktu Subuh dan tidak berapa lama selepas itu, dia terbabit dalam kemalangan. 

Ayah terus pergi ke hospital dan menjatuhkan talak.

Rampas

Jadi sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu tak tipu la. 

Baca: “Kau tak layak bergelar ibu” –  Wanita Dera Anak Tiri Umur 9 Tahun, Tekap Tangan Mangsa Dengan Pisau Panas Baca Rampas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.