in

Ibu Luluh Hati Anak Kembar Dijaga Bekas Suami & Ibu Tiri Dibiar Tidur Di Kaki Lima, Kes Disiasat JKM & Polis

anak kembar tidur di kaki lima flat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Facebook mengenai seorang ibu yang mendakwa anak lelaki kembarnya dibiarkan tidur di kaki lima sebuah flat di Pulau Pinang.

Ibu tersebut meluahkan rasa pilu dan mempersoalkan tindakan bekas suami dan isteri baharunya yang tidak menjaga kebajikan anak-anaknya selepas mereka bercerai.


Dakwanya, anak-anaknya dipaksa tidur di kaki lima atas alasan ‘buas’ selain disuruh menutup mata ketika makan serta menghabiskan semua makanan.

Difahamkan, wanita itu tidak mampu menjaga anak mereka ketika melalui fasa perceraian kerana masalah kewangan dan keadaan hidup yang tidak stabil.

Menyangkakan anak-anaknya berada dalam keadaan baik dalam jagaan bekas suami dan ibu tiri, dia berasa kesal apabila mendapati bahawa mereka telah diabaikan.

Screenshot 2025 09 09 at 7.11.56 PM

Artikel berkaitan: “Sampai terpaksa buang air di tangga” – Tular Kes Halau Anak Tidur Di Koridor Flat, Ibu Bapa Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Dera Anak Umur 7 Tahun Guna Kulit Durian, Pasangan Suami Isteri Dihukum Penjara & Denda

JKM & polis siasat kes

Dalam perkembangan terbaharu, dilaporkan bahawa kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim memaklumkan siasatan sedang dijalankan oleh polis mengikut bidang kuasa mereka, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

“Siasatan ini sedang berjalan mengikut skop pihak polis dan JKM. Jadi kita tunggu keputusan penuh sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil.

“Dua kanak-kanak berkenaan juga akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Difahamkan, ibu bapa kandung serta ibu tiri kepada dua kanak-kanak itu hadir ke IPD Barat Daya bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siew Khim turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut sehingga mengganggu siasatan pihak berkaitan.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.