in

Ibu Didik Anak Hidap Cerebral Palsy Hingga Berjaya Diterima Harvard

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disaat tiada siapa yang mempercayai keupayaan lelaki ini untuk meneruskan kehidupannya, si ibu tidak pernah patah semangat dalam berusaha membesarkan anaknya.


Ding Ding, 29, telah dilahirkan cacat namun atas usaha dan dorongan dari ibunya, dia kini berjaya memasuki Harvard, lapor South China Morning Post.

Capture 1
sumber: scmp

Menurut ibu Ding, Zou Hongyan, anaknya itu hampir-hampir mati lemas semasa komplikasi kelahirannya pada 1988 yang menyebabkan dia menghidapi penyakit cerebral palsy.

Doktor kemudian mencadangkan supaya Zou untuk melupakan Ding dengan mengatakan ia adalah suatu yang sia-sia baginya untuk cuba menyelamatkan anaknya itu kerana Ding akan membesar menjadi cacat atau mempunyai tahap kecerdasan yang rendah.

D
sumber: scmp

Lebih menyedihkan, ayah kepada anak tersebut juga bersetuju dengan kata-kata doktor dan memberitahu Zou bahawa ia akan menjadi beban kepada keluarga dan kehidupannya jikalau mereka terus menjaga Ding nanti.

Namun Zou tetap mahu menyelamatkan anaknya dan mereka akhirnya bercerai.

Demi untuk menyara kehidupan keluarga dan juga keperluan perubatan anaknya, Zou terpaksa mengambil beberapa jenis pekerjaan termasuklah bekerja sepenuh masa di sebuah kolej di Wuhan dan bekerja separuh masa pula sebagai seorang jurulatih protokol dan menjual insuran.

Manakala di masa senggangnya, Zou membawa Ding menjalani sesi pemulihan. Dia mempelajari cara untuk mengurut otot anaknya yang tegang akibat salah satu dari simptom penyakit yang dihidapinya. Pada masa yang sama, Zou juga memperuntukkan masa untuk bermain permainan yang mencerdaskan minda dan teka-teki bersama anaknya.

Zou tidak melihat sebarang ketidakupayaan anaknya itu sebagai kesusahan dan dia akan mencuba sedaya upaya untuk mengatasinya. Sebagai contoh, Ding mempunyai masalah dalam pergerakan tangannya dan menggunakan chopstik.

E
sumber: scmp

Walaupun kebanyakan dari ahli keluarga Zou memahami keadaan Ding yang tidak mampu menggunakan peralatan itu semasa makan, namun dia tetap berkeras mengajar Ding supaya dia dapat melakukannya. Kalau Ding gagal berbuat demikian, anaknya itu terpaksa memberi penjelasan kepada orang yang lain tentang mengapa dia tidak mampu menggunakan chopstik untuk makan.

Saya tidak mahu dia berasa malu dengan masalah fizikalnya.” 

Disebabkan dia tidak berkebolehan dalam membuat banyak perkara, saya bertegas supaya dia berusaha dengan lebih keras untuk mengejar mana-mana bahagian yang dia ketinggalan.”

Ding telah mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Peking dalam bidang Sains Alam Sekitar dan Kejuteraan pada tahun 2011 sebelum dia mendaftar dalam program sarjana di Sekolah Undang-Undang di universiti tersebut.

Selepas bekerja dalam dua tahun, Ding kemudian melanjutkan pelajaran di Harvard pada tahun lepas.

Ding juga kerap kali mengadu yang dia rindukan ibunya yang kini tinggal di Jingzhou, daerah Hubei. Ding menganggap ibunya sebagai mentor dari segi kerohanian oleh kerana rapatnya hubungan mereka berdua.

Bagi mereka yang mempunyai anak istimewa, jangan pernah mengalah. Jadikan Zou sebagai inspirasi buat anda semua.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.