“Ibu anak mu datang…” – Confirm Nangis Lepas Tengok Penceritaan Melalui Gambar Ni

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Viral dekat Twitter gambar seorang kanak-kanak lelaki mengorak langkah untuk pergi kubur arwah ibu dia. Apa yang buat semua sedih, gambar-gambar tu semua mempunyai penceritaan yang sangat menusuk hati.

Permulaan cerita menunjukkan kanak-kanak berbaju Melayu putih dan bersongkok tu berjalan berseorangan menuju ke tanah perkuburan sambil pegang satu jag air dan surah Yasin.

Sumber: Twitter

Lepas tu gambar menunjukkan adik tu membaca Yasin dan berdoa sambil kesat air mata dia. Ya Allah sedihnya weh….

Walaupun hati pilu kehilangan insan tercinta yang diperlukan di sisinya, kaki tetap di hayun ka pusara ibu…”

“Ibu anak mu datang bersama warkah terindah dari mu…”

Sumber: Twitter

Lepas selesai berdoa, adik ni terus bangun tabur bunga dan siram air atas kubur arwah ibu tersayang. Ada satu gambar tunjuk dia merenung ke arah kubur seolah-olah menggambarkan yang sangat berat hatinya untuk melangkah pergi.

Sumber: Twitter

Selesai semuanya, dia angkat bekas jag dan berkemas untuk mengorak langkah pulang. Tapi apa yang buat nampak sedih, dia sempat merenung ke arah kubur sekali lagi sebelum kakinya melangkah pergi. Sebak admin tengok…

Sumber: Twitter

Okay part last ni paling sedih! Waktu melangkah pergi tu, adik ni capai sepucuk surat dekat poket baju Melayu. Bila kamera tunjuk dekat arah surat tu, ramai netizen tak tahan. Sedih sangat baca ayat daripada arwah ibu buat adik ni.

Ibu sayang kamu… Jaga diri baik-baik…”

Sumber: Twitter

Ke mana saja dia pergi, surat tu akan dibawanya bersama sebagai tanda ingatan kepada arwah ibu.

Tak dinyatakan siapakah jurugambar yang berjaya buat penceritaan sedih hanya melalui gambar ni, tetapi netizen semua tinggalkan komen dan akui gambar tu semua berjaya meruntun hati dorang.

Baca: Sedih! Raih Lebih 200k Tontonan ‘Drama Air Mata’ Kakak Enggan Lepas Adik Di Majlis Kahwin Buat Netizen Sebak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!