in

“Ianya keputusan yang sukar” – Panggung Wayang Ditutup Sementara Bermula November Ini

Wayang3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Panggung wayang adalah antara industri yang terkesan teruk akibat Covid-19.


Demi membendung penularan Covid-19, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) terpaksa membuat keputusan untuk menutup operasi panggung wayang di seluruh negara bermula bulan depan.

MAFE dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu adalah keputusan yang diambil selepas melihat kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di beberapa negeri menyebabkan panggung wayang terpaksa ditutup selain jumlah filem yang sedikit. – Lapor Harian Metro

Ianya merupakan keputusan yang sukar.”

“Bermula November ini, semua panggung wayang secara progresif akan menghentikan tayangan filem serta operasi mereka. Bagaimanapun, ia bergantung kepada perubahan keadaan semasa dan juga perkembangan keadaan pasaran.”

Selain menanggung kerugian yang besar, pihak panggung wayang juga terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membekalkan peralatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan penonton.

“Panggung wayang di Malaysia mendapat bantuan kerajaan dalam tempoh yang mencabar ini. Sekiranya industri ini jatuh, ia secara tak langsung akan mengganggu ekosistem hiburan tanah air kerana pembabitan banyak pihak termasuklah pelakon, pemasaran, kru filem dan ramai lagi.

“Beberapa bulan akan datang tentunya akan menjadi tempoh yang lebih kritikal. Namun, kami optimis dan untuk melihat masa depan yang cerah untuk industri panggung wayang kembali mendapat tempat.”

Min terfikir bagaimana nasib pekerja di panggung itu sendiri. Marilah sama-sama berdoa agar wabak ini segera pulih.

 

Baca : TERKINI: Semua Sekolah di Zon Merah di Kuching Ditutup Hingga 13 Nov

Feat2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.