in

TERKINI: Semua Sekolah di Zon Merah di Kuching Ditutup Hingga 13 Nov

Feat2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Bernama, 209 institusi pendidikan yang berada di kawasan zon merah di Kuching, Sarawak akan ditutup bermula esok sehingga 13 November ini.



Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bilangan itu  merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Sek1

“Sekolah dan institusi pendidikan yang mempunyai asrama juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama berkenaan untuk pulang.”

“Bagaimanapun murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah atau institusi pendidikan sepanjang tempoh penutupan akan berada di bawah penjagaan warden asrama.”

Keperluan makan dan minum murid atau pelajar sepanjang tempoh penutupan itu akan disediakan oleh pihak sekolah atau institusi pendidikan.

Murid-murid yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan itu perlu mendapatkan surat dari sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

“Sepanjang tempoh penutupan itu juga, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.”

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.”

Sek3

Melalui kenyataan berasingan, KPM memaklumkan semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, dan Kolej Matrikulasi di Wilayah Persekutuan Labuan akan terus ditutup sehingga 13 Nov.

Baca: TERKINI: Suami Isteri ‘PJJ’ Dibenarkan Rentas Negeri Zon Merah

Feat3 3

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.