Sebelum ni, pernah viral mengenai isu sex educations yang perlu diterapkan kepada golongan pelajar sekolah. Ada pihak berpendapat bahawa pendedahan mengenai perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Baru-baru ini, seorang gadis berumur 21 tahun telah dijumpai mati dalam biliknya selepas kena bunuh dengan teman lelakinya lepas dapat tahu dia sedang mengandung.
Gadis yang bernama Asmaul Husna itu telah dijumpai oleh sepupunya yang juga roomate, terbaring dengan muka ditutup menggunakan bantal hello kitty dan kesan darah akibat kena kelar di leher.
Menurut portal sosok, kejadian ini berlaku di Perumahan Citra Elok, Jalan Tamangapa Raya 5, Kelurahan Tamangapa, Kecamatan Manggala, Kota Makassar, Indonesia.
Kejadian ini dikatakan berpunca daripada tindakan Husna yang ingin mendedahkan kandungan 4 bulannya itu kepada keluarga teman lelakinya itu.
Namun, oleh kerana takut perbuatannya itu terdedah, suspek yang dikenali sebagai Ridhoyatul Khaer, 20, telah mengambil keputusan membunuh Husna dengan kejam sekali.
Pembunuhan berlaku semasa gadis malang itu sedang berbaring di rumahnya sebelum suspek tiba-tiba mengambil bantal hello kitty dan menekup mukanya hampir 15 minit.
Kemudian, setelah mangsa yang sudah kelihatan lemah, dia dengan segera pergi ke dapur untuk mengambil pisau karat lalu menyembelih mangsa sehingga meninggal. Dia dengan rasa tidak bersalah terus meninggalkan mangsa dan larikan diri dari tempat kejadian.
Pihak polis berjaya menangkap suspek yang pada ketika itu sedang berada di rumah.
Polis juga masih belum mengesahkan bahawa mangsa benar-benar mengandung atau tidak kerana hasil keputusan daripada pihak hospital masih belum keluar.
Itu lah pentingnya sex education. Tak kira lah, kanak-kanak atau orang dewasa, ada je yang masih tak peka tentang kepentingan sex education.