“Jadi mangsa cabul bapak tapi tak bagitahu!” – Ibu Bapa KENA Didik Anak Pasal Seks Sejak Kecil Sebab…

Ramai yang kurang jelas bahawa sex education itu bukanlah semata-mata tentang persetubuhan tetapi merangkumi pelbagai aspek. Termasuklah perbuatan rogol atau mencabul.

Sebab itulah, seorang Sex Education Speaker baru-baru ini menggunakan platform Twitter telah menyenaraikan kesalahan dalam mendidik anak-anak tentang perihal seks.

Contoh yang paling selalu kita dengar, ibu bapa bagi nama kiasan kepada kemaluan anak. Menurut Fairuz, ia adalah kesalahan asas yang biasa dilakukan.

Jom baca apa lagi kesalahan yang boleh jadi renungan ibu bapa untuk diperbetulkan bagi kebaikan dan keselamatan anak-anak.

 

Bagi ‘nickname’ untuk kemaluan.

 

Ramai ibu bapa tak ajar anak tentang bahagian sulit

Tak ajar anak apa itu private part. Anak tak tahu anggota badan mana boleh disentuh dan yang mana tak boleh. Apatah lagi ada orang tua yang jenis suka gurau tarik kemaluan atau cubit bahagian itu. Ini salah!”

Jika sentuhan tak selamat berlaku, ajar untuk jerit kuat kuat, lari dan mengadu.”
Gambar hiasan

Jangan marah anak bila mereka tanya pasal seks

Ada parents yang nak cili mulut anak bila tanya pasal benda ni. Anak akan anggap bukan semua boleh ditanya atau dikongsi dengan mak bapak.”

Itu pasal jadi mangsa cabul bapak, bapak sedara dan lain-lain, dia diam je. Takut kena marah.”

Gambar hiasan

 

Perempuan dicabul atau dirogol bukan sebab pakaian!

Yang problem pelaku tu. Bukan mangsa. Mindset salahkan mangsa ni tak boleh ada dah sekarang.”

Sumber: Twitter

 

Jangan pulaukan gadis yang buang anak. Patutnya mereka diberi bantuan

Gambar hiasan

Mulut jahat sangat cakap gadis hamil luar nikah dosa tak diampunkan, diangkat nikmat sakit bersalin. Walhal, Tuhan tu Maha Pengampun. Lahirkan anak luar nikah ke apa, Tuhan ampunkan dosa kau. Sama je sakit. Tumpah darah bagai. Ketakutan dia je atasi kesakitan lahirkan anak.”

 

Jangan anggap anak akan tahu hal seks sendiri

Sumber: Twitter

 

Apa pendapat korang? Admin rasa ada betulnya juga huraian ni. Bak kata orang, semuanya bermula dari rumah. So kita kena teliti dalam bab mendidik anak ni…

Baca: “Tenatnya masyarakat kita hari ini” – Tengah Jawab UPSR, Pelajar Muntah-Muntah, Rupanya Kantoi Bapa Dia…

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!