Suatu ketika dahulu anak kelahiran Johor Darul Takzim, Dr Amalina Che Bakri pernah dinobatkan pelajar genius apabila berjaya mendapat 17A dalam SPM 2004.
Bagaimanapun baru-baru ini Dr Amalina sekali lagi menjadi sebutan apabila berjaya membantu anak kecil, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut.
Melihat kepada kejayaan Dr Amalina, beliau layak dijadikan inspirasi kepada anak muda negara itu.
Kejayaan itu sekali gus meletakkan Dr Amalina di antara doktor perubatan yang berpengaruh tahun ini.
Menerusi laman Instagram, Dr Amalina berkongsi lukisan mural bermotifkan wajahnya yang diabadikan Kerajaan Negeri Johor di Lorong Seni, Kota Tinggi.
“Thank you Johor Government, I feel very honoured #ProudJohorean. Check out this ‘Lorong Seni’ in Kota Tinggi, Johor. #IGrewUpInJohorBahru.
Rata-rata netizen beranggapan wajah Dr Amalina wajar dijadikan mural berikutan jasa dan kejayaannya itu.