in

“I berkenan la dengan seluar dalam tu” – Wanita Ini Kena Bunuh Dengan BF Sendiri Bila Minta Dibelikan ‘Panties’ Baru

Feature Image Panties

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni kalau kita tengok dekat media sosial, ramai pasangan kekasih yang bermurah hati antara satu sama lain di mana mereka saling bertukar hadiah. Kadang-kadang tu hadiah yang di bagi nilainya boleh dikatakan mahal.


Baru-baru ni, seorang wanita berusia 29 tahun maut setelah ditikam oleh teman lelakinya hanya disebabkan dia meminta pakaian dalam baharu.

51556788786 Tbstabbing
Gambar hiasan

Menurut portal sosok, pembunuhan ini berlaku di Cimahi, Jawa Barat, Indonesia.

Kejadian ini bermula ketika mangsa pada ketika itu baru sahaja turun dari kereta dan sedang mendukung anak saudaranya berusia 4 tahun pulang dari gereja.

Suspek tiba-tiba sahaja datang meluru ke arah mangsa dan menikamnya berkali-kali sehingga mengakibatkan mangsa terkorban. Suspek juga menyerang anak saudara mangsa dan mengakibatkan kanak-kanak itu turut mengalami kecederaan di bahagian perut.

Ibu Saat Gendong Balita Ditusuk Pacarnya Ibunya Tewas Anaknya Luka Luka
Sumber: sosok

Suspek pada mulanya telah datang ke rumah penginapan mangsa dan mendapati bahawa mangsa tidak berada di rumahnya. Dia mencurigai bahawa mangsa telah keluar bersama dengan lelaki lain.

Suspek juga dikatakan telah menunggu kepulangan mangsa yang rupa-rupanya pergi ke gereja bersama keluarganya sebelum dia mengambil tindakan menikam di bahagian pinggang secara berkali-kali.

Sebelum ini, mangsa ada meminta untuk dibelikan pakaian dalam baharu namun permintaannya itu tidak diendahkan oleh suspek disebabkan dia hanya bekerja sebagai pembawa gojek dan tidak mempunyai wang.

Tambahnya lagi, dia ada meminta mangsa untuk membelinya secara online.

Menurut keluarga mangsa, mereka berdua sudah menjadi pasangan kekasih hampir 2 tahun dan memang selalu bergaduh namun tidak menyangka lelaki itu tergamak mengambil tindakan sedemikian.

Dia kini ditahan oleh polis bagi membantu siasatan.

Dalam setiap hubungan yang dijalinkan, memang perlu ada toleransi antara kedua-dua pihak. Kalau bergaduh, cepat-cepat lah berbaik semula and jangan sesekali terfikir nak bunuh pasangan anda!

 

Baca: “I pregnant anak you” – Gadis Muda Kena Tekup Dengan Bantal ‘Hello Kitty’ Sampai Mati Lepas BF Tahu Mengandung

Feature Image Hello

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.