in

“Mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan saya” – Alha Alfa Sah Bercerai lepas 6 bulan kahwin

Alhaa2

Tanpa diduga perkahwinan jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa bersama Datin Noor Azlin Ismail sudah berkahir selepas 6 bulan menjalinkan ikatan bersama.

Menurutnya, mereka berpisah secara baik kerana tiada lagi persefahaman. Perkara itu pada mulanya disembunyikan, namun Datuk Alha mendedahkannya di Instagram setelah ada pihak yang menyebarkan spekulasi itu sebelum ia di padamkan.

 

Saya ingin berdiam diri dan tak nak besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga, tapi….”

Katanya lagi, Alha telah mendapatkan keizinan daripada bekas isteri untuk mendedahkan perkara ini supaya dapat dihabiskan secara damai. dan tidak ada lagi pihak mengeruhkan lagi keadaan.

“Terima kasiha kepada bekas isteri kerana membahagiakan saya selama setengah tahun bersama”

Alhaalfa

Sementara itu, Alha juga memberitahu jarak usia dan kerjaya adalah faktor utama perceraian mereka,katanya mungkin sebab bekas isterinya itu terlalu muda dan impikan hidup bersama sedangkan pekerjaan Alha dan masanya sangat terhad. Disebabkan itu, berlaku perselisihan faham.

“Mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan saya, kehidupan saya, pangkat saya tetapi bila hidup bersama akan sentiasa rasa cemburu dan tidak berpuas hati” 

Bagaimanapun kehidupan mereka normal macam biasa, malah dia juga ada mendedahkan yang dia hampir nak jadi ayah namun mengalami keguguran. Lapor mStar.

“Apa yang saya pertahankan ini tak panjang, saya tak nak dia kemurungan, stres berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan lain-lain, gambar saya luka tu saya bergelut menghalang dia mencederakan diri.”

Ujarnya lagi, dia terpaksa ‘melepaskan’ isiterinya. Dia tak boleh berhenti kerja dalam bidangnya itu kerana ini sumber mata pencariannya.

“Syarikat, staf saya..kalau saya kalah, semuanya habis.tak apalah isteriku, semoga dia jumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya, maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga”

Perkongsian itu telah dipadamkan, namun Alha Alfa ada lagi menyatakan bahawa tindakannya itu bukanlah kerana dia takut, tapi cukup hanya sekadar ingin menjelaskan perkara sebenar.

https://www.instagram.com/p/B-CM2exAPj1/

 

Baca : “Dia takde kesedaran ke?!!” – Netizen Tegur Alha Alfa Upload Video Masak Gulai Ikan Yu, Sebab…

Ikanyu

 

Sumber: mStar