in

“How it started vs how it’s actually going” – KJ Sindir Fahmi Fadzil?

Ft Kj Sindi Fahmi Fadzil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Foto yang dimuat naik oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi IG Story miliknya semalam telah mendapat perhatian netizen. Foto itu menunjukkan satu tweet milik Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bertarikh 8 November tahun lalu.


Dalam tweet tersebut, Fahmi Fadzil menyatakan bahawa undi Khairy bersamaan dengan undi Zahid Hamidi, gambar seterusnya pula menunjukkan foto Fahmi Fadzil berpeluk mesra dengan Timbalan Perdana  Menteri itu.

 

“Lama dia pendam tu” – Netizen

Perkongsian itu telah tular di Twitter membuatkan ramai netizen rasa terhibur melihatnya kerana ada yang mendakwa bahawa kata-kata itu diibarat satu scam semata-mata kerana kita dah sedia maklum mengenai kerajaan perpaduan yang memerintah negara kini.

Jika diperhatikan tarikh tweet tersebut, ia merupakan tarikh musim Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15), jadi pastinya setiap calon akan berusaha untuk menambat hati rakyat yang menentukan calon pilihan mereka untuk masa depan negara. Mungkin itu lah yang membuatkan KJ tiba-tiba terkenang kot. 

Screenshot 2023 05 30 122747 Screenshot 2023 05 30 122802 Screenshot 2023 05 30 122834 Screenshot 2023 05 30 122925 Screenshot 2023 05 30 122955

Hurm, apa pun kita harap KJ dapat buat ‘comeback’ kalau rezeki.

Baca : KJ Saman Fitnah Jamal Yunos RM1 Juta Berkaitan Kenyataan Semasa PAU

Ft Kj Saman Dsjy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.