Sudah semestinya pemergian suami Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair memberi kesan mendalam buat ramai orang terutamanya ahli keluarga dan rakan yang mengenali arwah secara dekat. Terlalu ramai orang turut berduka cita dan menzahirkan rasa simpati buat Bunga dan Noah selepas kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka.
Wartawan tanya soalan tak sesuai dekat bapa Ashraf
Upacara pengebumian Ashraf di San Diego Hills semalam dipenuhi ramai wartawan dan jurugambar dari bermacam stesen TV, portal dan sebagainya.
Pastinya mereka akan cuba menemu bual insan-insan yang rapat atau ada pertalian dengan arwah terutamanya ibu bapa Namun, soalan daripada salah seorang wartawan yang diajukan kepada bapa Ashraf, Mohamed Anthony John Sinclair membuatkan netizen berasa bengang.
Melalui posting di Twitter, satuklip video menunjukkan bapa Ashraf yang ketika itu berada di kawasan makam anaknya ditanya soalan ini,
How do you feel today?”
‘HOW DO YOU FEEL TODAY’ sumpah pengen marah, dude are you even a human? A father lost his beloved son and you freaking asked that stupid question???? #AshrafSinclair #noah #Ashraf #BCL pic.twitter.com/22OLL5fwqt
— lazy moon (@lazymoonasheck) February 18, 2020
“Dia baru kehilangan anak”
Netizen menganggap wartawan itu bertanya soalan yang bodoh kerana Mohamed Anthony atau lebih mesra dipanggil Pak Mat oleh rakan artis itu baru saja kehilangan anak sulungnya.


Ada juga yang berkata wartawan itu seperti kurang kemahiran dalam Bahasa Inggeris tapi sesetengah netizen tidak bersetuju dan tetap rasa mereka tiada sensitiviti.
Bukan lack of english si masalahnya, lagian juga dari parents nya ashraf keluar dari mobil udah ditanya ‘gimana perasaannya pak?’ Empati nya udah ilang.”

Walaupun kecewa, tetap jawab dengan budi bahasa
Dalam video tu boleh nampak Pak Mat mengeluh kecewa kerana diajukan soalan sebegitu namun tetap menjawab dengan penuh berhemah. Menurut Pak Mat, dia masih terkejut kerana baru saja bermesej dengan Ashraf sehari sebelum anaknya itu meninggal dunia.
Terkejut. Semalam saya baru bermesej dengannya tentang percutian kami tahun hadapan di Scotland. Semalam saya mesej dia, hari ini saya hantar dia ke pengebumian. Jadi, saya rasa awak boleh faham bagaimana perasaan kami.”
Saya tak dapat gambarkan dengan kata-kata.”

Wartawan tu punnnnn! Ish!