Rakyat Malaysia dilaporkan sudah mula kembali melancong ke Hatyai sejak seminggu lalu selepas beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir pulih sepenuhnya.
Ketua Persatuan Halal Trade dan Tourism Thailand dan Asia, Aida Oujeh berkata, lebih 40 hotel di Hatyai kini sudah kembali beroperasi selain pasar-pasar malam yang turut dibuka kepada pengunjung.
Artikel berkaitan: Netizen M’sia Kongsi Detik Cemas Terkandas di Hatyai, Berjaya Keluar Dari Banjir Selepas Dua Hari Terputus Hubungan
Artikel berkaitan: “Bau m*yat masih kuat” – Sukarelawan Malaysia Kongsi Keadaan Pasca Banjir Di Sumatera Barat
@phi.krungthep Semangat Hatyai cuci bersih semua kita bangkit lebih hebat ya #leegardenhatyaiwalkingstreet #hatyai #hatyaifocus #hatyaifoodhunting #hatyaitrip
Menurutnya, pihak hotel juga menawarkan pelbagai promosi potongan harga bagi menarik kehadiran pelancong dari Malaysia.
“Kita jangka pada cuti sekolah ini akan berlaku peningkatan pelancong Malaysia datang ke Hatyai.
Kami mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia bagi menyokong ekonomi rakyat tempatan termasuk kedai makan dan restoran.
Pada masa ini, 20 restoran yang menyajikan makanan halal juga turut dibuka bagi memudahkan pelancong mendapatkan makanan,” katanya.
Tambahnya, pihaknya merancang untuk menganjurkan festival makanan halal di bandar Hatyai pada awal tahun hadapan.
Katanya, penganjuran festival itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke negara tersebut selain menghargai sokongan berterusan rakyat Malaysia yang sering mengunjungi Hatyai.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik termasuk daripada pihak hotel untuk memastikan keselesaan semua,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Hatyai dilanda banjir pada 22 November lalu sebelum kerja-kerja pembersihan dan pemulihan bermula pada 29 November.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla, Dr Sitthipong Sitthiprapha menjangkakan kerugian mencecah 10 bilion baht susulan banjir yang menyebabkan kerosakan harta benda serta menjejaskan pusat-pusat pelancongan di Hatyai.
Sumber: Harian Metro, TikTok
