Jadi kebiasaanlah bagi orang berada kalau sakit mereka akan dapatkan rawatan di hospital swasta. Tapi bagi mereka yang tidak mampu, hospital kerajaan lah yang jadi tujuannya. Macam mana pun, sejak akhir-akhir ni hospital kerajaan sering dapat aduan buruk daripada pesakit.
Terbaru melalui posting Facebook, seorang netizen telah meluahkan rasa tak puas hati kerana abangnya dikatakan telah dilayan dengan buruk oleh staf hospital kerajaan.
Semuanya bermula apabila adik mangsa tidak dapat menjaga abangnya pada satu malam dan terkejut melihat keadaan mangsa pada keesokan harinya dalam keadaan berlumuran darah.
“Terima kasih Ward 5A Hospital Sungai Buloh. Mohon agar benda ini jadi pengajaran untuk semua supaya sentiasa ada dengan ahli keluarga korang masa dalam wad.
“Yes semua ini salah kami sebab tinggalkan kau (abang) satu malam tanpa penjagaan dari kami.
“Binatangkah abang aku sampai aku terpaksa lihat keadaan dia macam ini pada hari pertama aku dapat tengok dia?
“Aku dapat sembang dengan dia setelah satu bulan dia terkurung dalam bilik ICU tanpa didekati oleh ahli keluarga. Inikah yang patut aku lihat?” luah adik mangsa.
Menurut adik mangsa, abangnya menghidap penyakit ‘Spinal Tibi’ dan lelaki itu telah disahkan lumpur seumur hidup. Abangnya juga bukan saja lumpuh di bahagian kaki tapi seluruh badan. Jadi pada hari kejadian, mangsa dikatakan haus dan meminta staf beri air kepadanya.
Namun staf hospital dikatakan kejam kerana tidak mengendahkan keadaan abangnya sehingga lelaki itu terpaksa meminum darah sendiri! Allahuu teruklah kalau benda ni betul.
“Luluh hati aku. Marah, geram dan nak menitik air mata tengok abang aku diperlakukan macam itu. Aku diam. Aku tenangkan abang aku sebab masa aku datang, memang dia menangis-nangis,” kata adik mangsa.
Kata adik mangsa lagi, abangnya memang dalam keadaan teruk kerana terdapat kahak memenuhi bahagian oksigen dan kolar baju. Namun nasib baiklah adik mangsa datang dan tenangkan abangnya serta bersihkan darah-darah beku yang melekat di kepala dan muka. Alas katil dan selimut pun katanya adik mangsa yang tukar tau!
Posting ini mendapat pelbagai komen daripada netizen yang sedih dengan apa yang menimpa kepada mangsa. Namun ada jugak yang rasa tak puas hati sebab balik-balik nurse yang disalahkan.
Pun begitu, pihak Hospital Sungai Buloh ada mengeluarkan kenyataan mengenai aduan ini. Menurut posting Facebook rasmi hospital, mereka masih lagi menyiasat tentang isu ni.
Moga-moga perkara ni dapat diselesaikan dengan baik dan mangsa cepat sembuh daripada penyakitnya.
Baca: Mangsa Rogol Disuruh Buat Check-Up Terkejut Kena Caj Hampir RM500 di Hospital Kerajaan