in

Hospital Covid-19 Di Iraq Terbakar Lepas Tangki Oksigen Meletup, 23 Terkorban

Cats 102

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ibn Khatib terbakar.


Hospital yang terletak di ibu negara Iraq ini menjadi tempat merawat kes Covid-19 di negara itu.

3 9

Menurut laporan, kebakaran di hospital ini berpunca daripada tangki oksigen yang terletak di dalam hospital meletup. Banyak ambulans yang tiba untuk menyelamatkan pesakit di dalam hospital.

2 14

 

Dalam satu kenyataan lain, Suruhanjaya Hak Asasi Kerajaan mendakwa insiden tersebut sebagai satu jenayah ke atas pesakit Covid-19, di mana nyawa mereka berada di tangan kementerian kesihatan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi berkata siasatan terperinci akan dijalankan terhadap mereka yang terbabit untuk memastikan tiada unsur jenayah.

Untuk rekod, banyak hospital di Iraq musnah akibat konflik negara itu, ditambah pula dengan perkhidmatan yang uzur, dengan kekurangan katil dan ubat.

 

Kredit: BBC, Metro

BACA: [VIDEO] Hospital Tanah Merah Yang Masih Dalam Pembinaan Terbakar

Capture 70

Sumber: BBC
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.