in

Hishammuddin Nafi Ditawar Jadi PM Ke-10 Sekiranya Bergabung Dengan PN

Wbhkdjnl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan ditawarkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Perikatan Nasional (PN) sekiranya bergabung dengan Barisan Nasional (BN).


Hishammuddin nafi ditawar jadi PM ke-10

Menurut perkongsian di IG Story, sebuah artikel berkenaan dirinya itu telah tersebar di media sosial dan beliau mengesahkan bahawa ia tidak benar sama sekali. Tegasnya, beliau juga tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan PN mahupun Pakatan Harapan (PH).

Screenshot 20221124 083622 Com.instagram.android 1

“Ramai menyebarkan artikel ini dan saya ingin mengesahkan bahawa dakwaan ini tidak benar sama sekali. Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan PN mahupun PH.”

Beliau juga pada awalnya bakal mengenakan tindakan undang-undang kepada sebuah portal media sekiranya artikel berkenaan tawaran PM ke-10 itu tidak dipadam. Namun, selepas itu artikel tersebut telah diturunkan oleh portal media itu.

“Saya juga tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan. Jika pihak berita tidak menarik semula artikel ini dengan serta-merta, saya akan mengambil tindakan undang-undang.”

Screenshot 20221124 083627 Com.instagram.android 1

Terdahulu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah menyatakan dirinya tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan dan memegang prinsip ‘No Anwar, No DAP’. Beliau juga pernah mengatakan bahawa dirinya rela dipecat daripada bersekongkol dengan parti tersebut.

Sejak awal PRU-15 lagi, macam-macam berita palsu yang telah tersebar. Min harap pembaca dapat berhati-hati dalam menerima apa-apa kandungan berita…

Baca: “Salah tetap salah” – Hadir Perhimpunan Langgar SOP, DS Hishammuddin Akur Dikompaun KKM

Screenshot 2022 11 24 At 11.00.53 Am

Sumber: IG Story
Sumber: IG Story

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.