in

“Hina orang lagi” – Drama Band Kena Langgar Pemandu Mabuk, Tapi Netizen Anggap Ini Balasan Untuk Dorang?

Collage 39

Semalam, tiga ahli kumpulan Drama Band telah terlibat dalam kemalangan di Gelugor, Pulau Pinang. Namun, korang tak yah risau sebab dorang semua hanya cedera ringan je.

Menurut NST, vokalis kumpulan ini, Aepul Roza mengatakan, kejadian yang berlaku pada pukul 1.30 pagi ini berlaku selepas mereka melalui terowong di jalan Tunku Kudin ketika mereka baru tiba di Pulau Pinang selepas melakukan persembahan di Alor Setar.

Drama Paint 1 1584333822

“Tiba-tiba, satu kereta Toyota Vios berwarna putih potong kami dengan laju di selekoh dan hampir langgar kereta yang ada Faeez, Omei dan Adib. Malangnya, kereta tu langgar kereta yang saya, Daus dan Padel bawa.”

Lepas pelanggaran, kami pergi untuk periksa keadaan pemandu kereta tersebut dan nafasnya bau alkohol.”

Nak dijadikan cerita, ketika suasana menjadi kecoh, pemandu mabuk dan penumpangnya telah lari dari tempat kejadian.

Aepul turut mengatakan yang mereka telah pun membuat laporan polis mengenai kemalangan ini.

Dah tentunya, berita kemalangan ini sepatutnya menjadi berita yang tak baik buat kumpulan ini, namun netizen nampaknya tak bersimpati dengan mereka malah ada yang cakap kemalangan ini merupakan balasan mereka sebab menghina orang dalam persembahan mereka di AJL baru-baru ini. Pulak dah?

Screenshot 2020 03 16 At 5.56.17 Pm Down

 

Baca: “Berani sungguh!” – Selain Aina Abdul, Persembahan AJL Drama Band Kena Buang Dari Youtube

Screenshot 2020 03 16 At 6.08.44 Pm

Sumber: NST