in

Hilang Dalam Hutan Lebih 48 Jam, Kanak-Kanak 4 Tahun Dijumpai Hampir Beku!

Ryler Kanak Kanak Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dikenali sebagai Ryker Webb baru-baru ini telah menggemparkan penduduk sekitar Montana, Amerika Syarikat selepas dilaporkan hilang lebih daripada 48 jam di dalam hutan di Bull Lake.


Menurut laporan NTD, sebelum disedari hilang oleh bapanya pada hari kejadian, difahamkan Ryker sedang bermain di laman di belakang rumahnya bersama ayah dan anjing perliharaannya.

Kehilangan Ryker hanya disedari oleh bapanya selepas mengambil barang di dalam rumah sebelum panggilannya tidak disahut oleh anaknya tersebut apabila namanya dipanggil.

Aaycm4V

Menyedari akan kejadian tersebut, laporan kanak-kanak hilang telah dibuat dan perkara tersebut sampai ke pengetahuan ramai selain pihak berkuasa tempatan menggerakkan kempen mencari dan menyelamat Ryker.

Orang ramai hadir membantu dengan pelbagai kelengkapan seperti kenderaan ATV, dron, bot serta sepasukan anjing sebelum mereka kemudiannya turut menerima bantuan dari dua buah helikopter pasukan penyelamat Montana dan dron dari pasukan Polis.

Search And Rescue Crew Photo 615X346 1

Keadaan hutan yang agak tebal menyukarkan misi mencari selain ditambah pula dengan cuaca yang hujan menyebabkan jarak penglihatan terlampau sukar.

Selepas 2 hari misi mencari dilakukan, Ryker akhirnya ditemui pada 5 Jun dalam keadaan sihat di dalam sebuah kabin terbiar tanpa sebarang bekalan elektrik mahupun air. Ketika ditemua, kanak-kanak malang tersebut dalam keadaan kelaparan, haus serta hampir beku gara-gara cuaca sejuk.

Ramai yang membuat andaian bahawa kanak-kanak tersebut mungkin telah berjalan seorang diri di dalam hutan sebelum terkeluar daripada denai dan memasuki kawasan hutan berhampiran.

Baca : Pelajar 9 Tahun Mangsa ‘Cyberbully’ Dalam Grup Kelas, Cikgu Pula Marah Bila Mengadu

Page Buli

Sumber: Sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.