in

“Hidup kita ni jangan angkuh”- Designer Dihentam Sebab Kutuk Pengunjung Pakai Baju Biasa

Ft Pereka Kutuk Pakaian Pengunjung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semestinya jika pengunjung hadir ke pertunjukan fesyen itu tergolong daripada orang-orang yang meminati dengan dunia fesyen, ada yang datang itu tergolong daripada ahli keluarga untuk memberi sokongan kepada peragawan mahupun pereka untuk meraikan kejayaan mereka.


Baru-baru ini, satu perkongsian yang dikatakan daripada seorang pereka fesyen yang terlibat dalam satu acara telah mengundang kemarahan netizen kerana mengambil gambar seseorang pengunjung dengan berpakaian biasa.

 

“Mana-mana yang datang under saya jangan pakai macam ni nanti saya tak bagi kad masuk”

Dalam perkongsian yang kini sedang tular di Twitter, individu yang dikatakan pereka fesyen itu ada muat naik gambar seorang budak lelaki memakai t-shirt dan sedang duduk di bahagian penonton. Pereka itu dikatakan seolah-olah memberi amaran kepada mana-mana pengunjung yang datang di bawahnya agar tidak akan diberikan masuk jika berpakaian sebegitu

Perkongsian itu kemudiannya disahut oleh individu lain yang dikatakan ahli keluarga kepada insan tersebut, individu itu juga dikatakan salah satu pereka yang terlibat dalam acara itu. Dia menempelak kenyataan yang dilabelkan sebagai angkuh daripada perakam gambar tersebut.

“Budak kecil ini adik saya, jangan risau keluarga saya datang untuk tengok saya. Bukan awak dan mereka takkan sokong awak, bahkan kalau adik saya dah kaya suatu hari nanti sekalipun.”

“Hidup ni kita jangan angkuh, tak semua mampu dan “style” macam awak.”

Screenshot 2022 08 09 142656

Sepanjang 2 hari ia dikongsikan, kenyataan balas ini telah meraih lebih daripada 6,800 jumlah retweets, menjengah respon dan komen yang diberikan oleh netizen, ia dikatakan berlaku di sebuah acara peragaan fesyen yang berlaku di Aman Sentral, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Disamping itu, ramai yang mengecam pereka yang dianggap memperlekehkan pemakaian pengunjung tersebut. Ada juga yang mengecam bahawa ia tidak perlu dijadikan isu memandangkan lokasi acara tersebut dijalankan di tempat teebuka iaitu di pusat membeli belah.

Pereka Kutuk Pakain Pengunjung Pereka Kutuk Pakain Pengunjung 2 Pereka Kutuk Pakain Pengunjung 3 Pereka Kutuk Pakain Pengunjung 4 Pereka Kutuk Pakain Pengunjung 5

Menerusi Sinar Harian, Kedah Fashion Week 2022 dijalankan di Aman Central, Kedah pada 5 hingga 7 Ogos yang menampilkan beberapa pereka dan jenama tempatan serta antarabangsa.

Baca : “Pergi sekolah pun kita pakai baju kurung” – Dakwa Ramai Yang Mula Lupakan Baju Kurung, Fashion Designer Belanda Dikecam Netizen

Feature Image 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.