in

“Hibernasi ni” – Didakwa Alami Sindrom ‘Puteri Tidur’, Remaja Ini Pernah Tidur Selama 13 Hari

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya, kalau kita bangun tidur lepas asar, mesti akan rasa pening dan confused sebab tak tahu pukul berapa. Mata pun kadang-kadang rasa berpinar je. Sebab ni lah orang kata tak elok tidur time petang.


Namun, buat gadis dari Indonesia ini, dia tidur selama tujuh hari dan tak sedarkan diri sepanjang tempoh tersebut. Menurut Kompas.com, Siti Raisa Miranda yang kini berusia 16 tahun ini didakwa menghidap sindrom ‘puteri tidur’.

Tido 1

Dalam bahasa saintifiknya, ianya dikenali sebagai Kleine Levin syndrome yang dikaitkan dengan hypersomnia.  Ayah gadis ini, Mulyadi mengatakan anaknya mula menghidap sindrom ini ketika berumur 13 tahun.

Gadis ini pernah tertidur selama 13 hari dan terpaksa dikejutkan untuk makan, minum dan buang air. Tu pun dia akan bangun dalam keadaan lemah dan sangat mengantuk. 

Namun, gadis ini bukanlah akan tidur sepanjang masa tapi bila tiba-tiba sindrom ni menyerang, dia akan tidur selama berhari-berhari.

Kalau sindrom tak menyerang, dia akan normal dan akan bermain dan ke sekolah macam biasa. Sepanjang pandemik Covid-19 ini juga, dia belajar online dan setiap kerja sekolahnya akan diselesaikan. Namun, kalau dah mula tidur macam ni, begini je lah,” kata ayahnya.

Seminggu yang lepas, gadis ini dilaporkan mula tidur pada 1 April dan pada 8 April lalu, dia masih tak sedarkan diri. Keluarganya juga telah membawanya ke hospital untuk rawatan. Namun, ibu bapanya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah memandangkan tiada perubahan sepanjang di sana.

Pada Disember lalu, dia dah tertidur selama beberapa hari namun sembuh tidak lama kemudian. Namun, kali ini, keadaan ini berulang lagi.

Misteri jugak ni. Sama-sama kita doakan agar dia akan sembuh seperti biasa secepat yang mungkin. 

Sumber: Kompas.com

Baca: “Sapa suruh kuat tido” – Netizen Terbahak Tengok Pelajar Ini Kena Tinggal Dalam Dewan Kuliah Sebab Tidur

Tido

Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.