in

“Hentikan perbalahan politik” – YDP Agong Titah Semua Ahli Dewan Rakyat Beri Kerjasama Untuk Belanjawan 2021

Dd 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang tahun baru beberapa bulan sahaja lagi, Belanjawan 2021 semestinya menjadi penantian dan perhatian ramai pihak.


Dengan keadaan pandemik Covid-19 yang membimbangkan ditambah lagi dengan ketidakstabilan politik, isu belanjawan ini akhir-akhir ini menjadi perbalahan dalam kalangan ahli politik.

 

YDP Agong minta kerjasama semua ahli Dewan Negara

Terkini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan oleh COVID-19.

D1 3 11

 

Titah baginda ini telah dititipkan menerusi satu kenyataan media di laman Instagram Istana Negara.

D 4 5

 

Perkara ini perlu diambil berat oleh semua ahli Dewan Rakyat kerana belanjawan ini amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan, untuk melancarkan dasar serta usaha membendung ancaman wabak Covid-19 daripada terus merebak.

 

Hentikan perbalahan politik dan fokus tentang rakyat

Dalam perutusan yang sama, Baginda juga menasihati agar perbalahan politik perlu dihentikan dan mengutamakan kebajikan rakyat.

“Al-Sultan Abdullah menyeru ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda untuk menghentikan segera segala perbalahan politik dan mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

“Seri Paduka Baginda mengingatkan ahli Dewan Rakyat bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman wabak COVID-19 ini,”

Baginda turut menzahirkan rasa yakin terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin untuk menerajui kerajaan pada hari ini walaupun dilanda pelbagai krisis.

D2 2 13

 

Baca: “Kerana mulut badan binasa” – Muatnaik Status Hina YDPA, Polis Siasat Akaun Facebook Dibawah Akta Hasutan

D3 2 6

Sumber: Astro Awani
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.