in

Hati-hati Dengan Penyewa Ni. Ramai Dah Terkena!

Yamm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak habis lagi cerita pasal masalah masa nak cari rumah sewa. Susah betul nak jumpa owner baik yang tak banyak kerenah dan tak pelik. Macam-macam masalah betul!


Seorang gadis bernama Ain kongsi kisah kat Twitter ketika dia cuba mencari rumah sewa kat area Shah Alam yang murah. Kejadian ni berlaku baru je lagi dalam this week.

Yam
sumber: twitter

Tengah dia mencari-cari dekat sebuah laman yang specialized untuk carik rumah sewa, dia terjumpa iklan yang sangat menarik. Bayangkan sewa satu bilik RM 50 je sebulan! Biar betul?

Yam2
sumber: twitter

Tanpa berlengah, Ain terus la contact owner dia yang bernama Janna Lisa, nak tanya la kot memang dia sewa murah macam tu. Gadis ni whatsapp pada 21 Julai tapi mesej dia dibalas pada 23 Julai.

 

Rupanya lelaki…

Ain memang terperanjat habis bila dapat reply daripada owner tu. Dia tak kisahlah dipanggil kolot ke ketinggalan zaman ke, tapi sebagai perempuan dia rasa takut! Kenapa pulak ni…

Yam3
sumber: twitter

 

Cari housemate perempuan je…

Ada ke owner tu letak syarat yang merepek dan tak masuk akal macam tu! Nak carik teman berborak tapi nak yang perempuan je. Ain terus block sebab dia dah takut sangat.

Ingatkan habis kat situ je, rupanya ada orang lain yang komen dia turut kena benda yang sama tetapi kat laman web carian rumah sewa yang lain. Ain terkejut sebab gambar profil dan nama yang digunakan adalah sama dengan yang dia terkena. Gila lah!

Yam4 1
sumber: twitter

Rupanya bukan sorang je yang terkena, ada juga mangsa lain. Ish selagi tak dapat mangsa selagi tu dia cari!

Admin dah banyak share pasal kes rumah sewa ni. Harap korang beringat!

Baca: Maki Pulak Bila Orang Tak Jadi Sewa!

Ewa

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.