in

“Hasil infak” – Wanita Terharu Dapat Beli Motosikal Serendah RM1 Untuk Hantar Anak Ke Sekolah

BELI MOTO RM1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kesempitan hidup dan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menyara keluarga yang besar.

Terbaharu, impian seorang suri rumah memiliki kenderaan sendiri untuk menguruskan anak-anak pergi dan balik sekolah akhirnya tercapai selepas terpilih membeli sebuah motosikal Modenas Kriss berharga serendah RM1, lapor Sinar Harian.


Tak pernah ada kenderaan sendiri

2 7

Norwahidah Maulad, 33, berkata, sejak suaminya Mohd Amir Idris 33, hilang sebelah kaki akibat kencing manis 10 tahun lalu, dia tidak pernah memiliki kenderaan sendiri meskipun sebuah motosikal.

Menurutnya, setiap bulan dia terpaksa memperuntukkan kira-kira RM260 bagi bayaran sewa van sekolah bagi 4 orang anak selain wang untuk grab bagi membawa suami menjalani rawatan dialisis.

Katanya, dalam tempoh itu mereka hanya bergantung kepada bantuan yang diberikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Motosikal RM1 rupanya hasil daripada program infak

3 5

Pemilik Makdad Workshop, Shikh Muhammad Makhdad berkata, ini merupakan motosikal ketiga melalui program infak yang diperolehi dari rakannya. Kebetulan kawannya memaklumkan yang motosikalnya tidak digunakan dan terus memberi motor terbabit kepadanya.

Menurut Shikh lagi, bagi merealisasikan hasrat wanita tersebut, dia membelanjakan kira-kira RM1,000 bagi membaik pulih motosikal termasuk kos cukai jalan dan kos Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akibat 2 tahun tidak digunakan.

Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada dan jangan sesekali merungut ya!

Baca: “Tak Sampai Hati Lihat Rakan Susah, Pemilik Bengkel Ini Murah Hati Jual Kereta Terpakai RM 1 Je”

1 8

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.