Siapa sangka, di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda keluarga diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle nampaknya lebih selesa memilih jalan kemanusiaan. Terbaru, pasangan ini telah terbang ke Jordan bagi satu misi yang cukup menyayat hati.
Menerusi lawatan dua hari ke Amman, Jordan, tumpuan netizen terarah kepada pertemuan Harry dan Meghan dengan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bernama Maria.
Artikel berkaitan: “Mereka bimbang betapa gelapnya kulit anak saya” – Meghan Markle Bongkar Kehidupan ‘Perit’ Dengan Keluarga Diraja Britain
Artikel berkaitan: “Prince charming” – Kenali 7 Putera Raja Yang Dianggap Paling Kacak Dalam Dunia
Maria merupakan salah seorang mangsa konflik di Gaza yang mengalami kecederaan melecur yang teruk. Gambar menunjukkan pasangan ini berbual mesra dengan Maria yang sedang terbaring di katil Hospital Pakar Amman. Walaupun berstatus ‘bekas’ ahli diraja, layanan mereka nampak cukup ikhlas dan rendah diri.
@independent The Duke and Duchess of Sussex met with a teenage burn victim from Gaza during a two-day humanitarian trip to Jordan. During a visit to the Specialty Hospital in Amman on Wednesday (25 February), Prince Harry and Meghan spoke with 14-year-old Maria as she sat in her hospital bed. They also met other medical evacuees and spoke with medical staff during their visit.
Paling mengagumkan, kunjungan ini bukan sekadar ‘show’ untuk kamera ya. Pasangan Duke and Duchess of Sussex ini sebenarnya turun padang atas jemputan khas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Untuk pengetahuan, Harry dan Meghan sebenarnya telah menyalurkan dana peribadi bagi menyokong usaha membawa keluar kanak-kanak mangsa perang dari Gaza ke Jordan untuk rawatan kecemasan.
Sepanjang dua hari di sana, mereka bukan sahaja melawat Maria, malah turut meluangkan masa bertemu dengan staf perubatan serta pelbagai lagi mangsa konflik lain bagi memastikan bantuan yang mereka salurkan itu benar-benar sampai dan memberi impak kepada anak-anak kecil ini.

Sejak keluar dari tugasan rasmi diraja pada tahun 2020, Harry dan Meghan sering dikecam. Namun, misi kali ini nampaknya mula membuka mata ramai. Netizen memuji tindakan mereka yang menggunakan pengaruh dan kekayaan untuk membantu mereka yang betul-betul memerlukan, terutama sekali mangsa di Gaza.
Sumber: TikTok
