in

Hari Tu Rohingya, Kali Ini PATI Indonesia Pula Terpaksa Diselamatkan Lepas Bot Bocor

Bot 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes ratusan PATI Rohingya yang sengaja membocorkan bot mereka supaya dapat mengelak daripada diusir oleh Malaysia. Sanggup betul dorang ni gadaikan nyawa sendiri semata-mata nak masuk negara kita. 


Namun, kali ini ada pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia pula yang terpaksa diselamatkan sebab bot bocor dan mereka dikatakan hampir lemas lepas bot tersebut tenggelam, lapor Sinar Harian. Ye lah, kita masih ada sifat kemanusiaan lagi. 

Bot 1

Bot 2

Difahamkan, seramai lima PATI berada dalam bot terbabit pada ketika itu. Menurut National Task Force (NTF), kejadian itu berlaku di perairan Hutan Melintang, Perak.

Sebenarnya, pada ketika itu pihak berkuasa mahu mengusir bot yang dinaiki PATI namun tiba-tiba pulak bot dorang bocor waktu tu. Dan-dan je kan bocor time tu. 

Jadi, buat masa sekarang pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan sama ada bot PATI tersebut sengaja dibocorkan atau memang betul-betul bocor.

Bot 3

Warga Indonesia itu juga akan menjalani ujian saringan Coronavirus di Klinik Kesihatan Sitiawan sebelum ditempatkan di pusat transit sementara di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.

Untuk pengetahuan korang, National Task Force sedang giat menjaga negara daripada PATI yang cuba menceroboh melalui OP Benteng.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa taktik bocorkan bot merupakan taktik terbaru golongan PATI yang mahu menceroboh negara.

Bot 5

Kenapa lah dorang ni kemaruk sangat nak masuk Malaysia eh? 

Baca: “Kerajaan kena tegas” – 269 PATI Rohingya Sengaja Rosakkan Enjin Bot Supaya Dapat Masuk Perairan Malaysia

Bot

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.