in

Tular Notis Pemeriksaan Zakar Mandatori, Pihak Sekolah Kata ‘Prank’ Dari Pelajar Form 5

Page New

Kebersihan dan penjagaan diri ni boleh dikatakan penting untuk semua apatah lagi bagi pelajar-pelajar sekolah menengah sebab diorang bergaul dengan ramai orang. Sebabkan tu juga, ada yang cikgu-cikgu akan kerap buat pemeriksaan diri kat sekolah.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial apabila satu gambar lama berupa notis rasmi yang didakwa dari pihak kerajaan berserta logo Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara.

Menurut Sinar Daily, notis itu merupakan sejenis arahan pelaksaan pemeriksaan wajib zakar bagi pelajar-pelajar lelaki di sekolah tersebut.

Kpm 1

“Notis tu prank dari student form 5

Susulan itu, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tersebut iaitu Muhammad Asri Heman berikan kenyataan rasmi berikutan notis yang tular dengan mengatakan ianya merupakan tindakan ‘prank’ dari salah seorang pelajar tingkatan 5.

Malah, menurut Muhammad Asri, dipercayai pelajar itu kongsikan notis itu secara online tanpa sebarang sebab tertentu dan dia juga menegaskan bahawa pemeriksaan wajib itu tidak pernah dibincang bersama dengan pihak KPM.

Hqdefault

 

“Kami tak pernah jalankan pemeriksaan itu untuk pelajar lelaki di sekolah ni. Pihak KPM pun tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan rasmi minta kami buat” – Ujar Muhammad Asri

Tambahnya lagi, pelajar tersebut telah digantung sekolah dan tindakan akan dikenakan kepadanya kerana notis itu telah menyebabkan pelajar lelaki lain takut untuk keluar dari tandas walaupun isu tersebut telah pun diselesaikan.

Alamak, tak pasal-pasal je semua berkumpul dalam toilet lama-lama…

Baca: “Malunya!” – Pelajar ‘Sekolah Pondok’ Kantoi Bercinta Dihukum Keliling Naik Kereta Sorong Depan Orang Ramai

Untitled 1 13

Sumber: Sinar Daily