in

Harga Tiket Kat GSC & TGV Esok Cuma RM5 Sampai 29 Julai Ini Untuk ‘Reruns Movie’

Gsc Tgv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia tahu, pawagam dah boleh dibuka mulai 1 Julai 2020! Jadi, kedua-dua pawagam TGV dan GSC akan buat promosi RM5 untuk ‘movie reruns’. Jadi inilah peluang korang kalau terlepas nak tonton movie-movie yang ditayangkan sebelum PKP haritu.


Promosi GSC “Summer Blockbuster Strikes Back!” akan memaparkan semula filem-filem seperti Spiderman: Far from Home, Jumanji, Train to Busan and Venom untuk korang! Mereka akan paparkan istilah ReRun di bahagian tajuk.

Promosi ini akan bermula dari 1 Julai hingga 29 Julai 2020. Korang juga boleh beli tiket secara online menerusi laman web dan aplikasi GSC.

Gsc

Selain itu, TGV Cinemas pula akan mengadakan promosi  “Break-free movie combo” dimana setiap minggu akan ada senarai movie reruns baru. Bagaimanapun promosi ini hanya untuk cawangan terpilih sahaja.

Harga tiket serendah RM5 bergantung kepada jenis movie apa yang korang nak tonton. Lebih syok lagi, makanan dan minuman juga akan dijual serendah RM5!

Tgv

Ini lah peluang korang nak buat movie marathon kalau dah tepu sangat tengok movie kat rumah. Tapi ingat! SOP tetap kena jaga!

Bercakap mengenai SOP kan, ini beberapa langkah yang min nak nasihatkan kepada korang untuk buat apabila nak pergi tengok wayang mulai esok.

1. Jangan masuk kalau suhu melebihi 37.5 ° Celsius

2. Daftar masuk untuk tujuan mengesan melalui MySejahtera

3. Hanya tetamu yang berumur 12 tahun ke keatas dan bawah 60 sahaja yang dibenarkan masuk ke pawagam

4. Jaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter terutama di kawasan beratur

5. Digalakkan menggunakan bayaran secara cashless

Baca : “Ingat kerja dorang ngaji 24 jam ke?” – Netizen ‘Back Up’ Sharifah Sakinah Bawa Pelajar Tahfiz Tengok Wayang

Wayang

Sumber: GSC
Sumber: TGV Cinemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.