in

“Harga perlu relevan dan tidak terlalu tinggi” – KPDNHEP Beri 633 Kedai Gunting Rambut ‘Notis Tunjuk Sebab’ Kerana Naikkan Harga

Guntingramabut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan 633 notis tunjuk sebab terhadap pengusaha  perkhidmatan gunting rambut di seluruh negara kerana mengenakan harga upah gunting rambut yang lebih tinggi sejak 10 Jun lalu.


Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata pihaknya sudah memeriksa 693 premis yang menawarkan perkhidmatan itu termasuk pusat dandanan di seluruh negara. Mereka caj harga yang lebih tinggi daripada biasa.

.

Mereka diberi tempoh tiga hingga lima hari untuk menerangkan sebab dan alasan kenaikan harga perkhidmatan berkenaan.”

Gunting

Katanya lagi, kebanyakan pengusaha menjelaskan bahawa mereka naikkan harga kerana perlu menyediakan kelengkapan tertentu ketika menggunting rambut termasuk apron dan sarung tangan pakai buang bagi memtuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Tambahnya lagi, pihaknya mengakui memang wajar kenaikan harga perkhidmatan gunting rambut pada PKPP kerana seiring dengan SOP yang perlu dipatuhi.

“Bagaimanapun kenaikan harga perlu relevan dan tidak terlalu tinggi sehingga membebankan pelanggan. Terdapat kes yang dilaporkan, harga perkhidmatan gunting rambut yang berharga RM7 sebelum ini meningkat sehingga RM15 dan itu tidak munasabah.

Bagaimanapun harga perlulah sewajarnya dan jangan ambil kesempatan terhadap pelanggan. Lebih teruk lagi, jika pengusaha naikkan harga tetapi tidak patuh SOP, jelasnya lagi.

Sehingga kini KPDNHEP tidak mengenakan sebarang kompaun atau denda kepada pengusaha perkhidmatan gunting rambut di seluruh negara, hanya memberi teguran dan kes akan diselesaikan dengan cara baik. Lapor Harian Metro.

Hurm, kalau kedai tu ketuk harga sampai 2 kali ganda atau mahal sangat, tukar jelah kedai lain.

 

Baca : “Biar panjang janji tak kena corona” – Netizen Gesa Kerajaan Kaji Semula Kebenaran Operasi Kedai Gunting Rambut

Guntingrambut

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.