in

“Harga pelancaran tak sampai 11K, sampai kat kedai… jadi 15K!”- Netizen Bengang Kedai ‘Mark up’ Harga?

Untitled Design 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dilancarkan di pasaran Vietnam pada Disember, motorsikal jenis Y16 ZR akhirnya memasuki pasaran Malaysia bulan lepas.

Kalau sebelum ini Y15 atau lebih terkenal dengan panggilan ‘ Y Suku’ menjadi fenomena, ada yang membuat spekulasi yang sama terhadap jentera terbaru taruhan Yamaha untuk pasaran Malaysia ni.


Walaupun sudah hampir sebulan pelancarannya, model ini agak susah untuk dilihat atas jalanraya. Untuk pengetahuan, model Y16 ini dilancarkan pada 18 Mac 2021 dengan harga RM10,888 tak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai kalau ikut info di Careta.

Dakwaan Kedai ‘Main Harga’

Selain ada yang cakap tak berbaloi ‘angkat’ Y16 ni, sebab menggunakan sistem enjin yang sama seperti model 155cc, rupanya ada satu cerita yang tak best.

Dikongsikan oleh Motorsports Malaysia di Facebook, rupanya harga Y16 ni telah dinaikkan oleh kedai – kedai atas dakwaan sukar mendapat stok.

170072024 3413703625397334 4090560061445323618 N

Menurut email yang dihantar ke KPDNKK tersebut, pengguna berkenaan mendakwa banyak kedai terutama di sekitar Selangor dan KL meletakkan harga yang tinggi, ada yang mencecah sehingga 13 ribu!

Selain ‘main harga’, ada antara kedai tersebut didakwa mengutamakan ‘pembeli hutang’ daripada pembeli tunai dengan meletakkan syarat atau tempoh menunggu yang lebih lama kepada pembeli secara tunai.

Rata – rata pengguna agak tidak berpuas hati dan mengatakan perkara ini sebenarnya telah lama terjadi dan kemuncaknya boleh dikatakan pada ketika Y suku baru nak naik dulu.

 

Bukan Masalah Motor Tengah Viral

Walaupun ada yang mengatakan perkara ini adalah ‘biasa’ dalam perniagaan berdasarkan konsep permintaan dan pengeluaran, tetapi kenapa perkara yang sama turut terjadi kepada motorsikal lain. Kenapa tidak diselaraskan sahaja harganya?

Untitled Design 8

“Inilah masalah di Malaysia, tak ada undang – undang khusus untuk harga motorsikal”

Y16 Twitee

Rasanya, KPDNHEP kena ambil tindakan dan selalu buat pemantauan. Tak pun, macam yang dicadangkan awal tadi, selaraskan sahaja harga pejualan. Jadi tak ada isu ‘main harga’ lepas ni.

 

Sumber : Facebook

Baca : ‘Modify’ Ekzos Takkan Buat Motor Jadi Lebih Laju – Bekas Pelumba Negara

Motor Laju

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.