in

“Harap sakit perut lepas tu ye” – [Video] Wanita Gelak-Gelak Ratah Buah & Letak Balik Kat Supermarket

Remajabuah

Segelintir manusia akan sanggup buat perkara-perkara tak masuk akal semata-mata nak nampak cool  depan mata orang ramai, bagi mereka perkara yang mengjengkelkan di tempat awam itulah boleh buatkan nampak mereka ‘sempoi’ dan kelakar.

Viral di media sosial sekarang, seorang wanita membuat satu tindakan yang dianggap menjengkelkan di mata netizen apabila membuat perkara tak senonoh di tempat awam.

 

Ratah buah, letak balik, curi makanan dalam paket anggur

Dalam video berdurasi 18 saat yang dikongsikan di Twitter, seorang wanita berada di pasaraya makan buah epal sebelum meletakkannya semua di tempat asal, tindakannya itu dianggap lucu oleh si perakam.

Kemudian, wanita tersebut makan buah anggur dalam paket yang di susun dengan cara gelojoh sambil menunjukkan isyarat lucah.

 

Dah ditahan polis

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga remaja wanita itu telah ditahan polis akibat perbuatannya itu. Menurut sumber, kejadian ini berlaku di sebuah pasaraya di Maluku Utara, Indonesia. Mereka bertiga ditahan oleh pihak polis selama satu hari di balai polis.

Ketiga-tiga remaja ini juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa ia perkara itu tidak disengajakan.

Memandangkan perbuatan itu telah tersebar luas sehingga ke Singapura dan Malaysia, ramai yang jijik dengan perbuatan mereka dan anggap tindakan kurang bijak itu boleh dikatakan pengotor kerana buah-buah yang tersedia ituu masih belum dibasuh.

 

Harap sakit perut lepas tu ye – Netizen

Buah Buah2 Buah3 Buah4 Buah5

Haih, kalau nak buat benda-benda lawak dan nampak selamba tu macam-macam cara lagi boleh buat, bukan perbuatan memalukan ni.

 

Baca : “Apa masalah budak zaman sekarang ni?” – [VIDEO] Memalukan! Sekarang Ada Challenge Kencing Dalam Seluar Pulak Di TikTok

Budak