Tentera laut Colombia telah menyelamatkan seorang lelaki dari Republik Dominica yang hanyut di Laut Caribbean menaiki bot layar selama 24 hari.
Elvis François berjaya ‘survive’ dengan hanya memakan sos tomato, serbuk bawang putih dan serbuk perasa sepanjang hanyut di tengah laut. Lelaki berusia 47 tahun itu telah menulis perkataan ‘tolong’ dalam Bahasa Inggeris pada badan bot untuk menarik perhatian mana-mana kapal yang melalui laut itu.
Bot layar yang dinaiki François itu dikesan dari udara 120 batu nautika utara-barat semenanjung Guajira dan François telah diselamatkan sebelum dibawa keluar ke bandar pelabuhan Cartagena dengan sebuah kapal kontena yang melalui laut itu.
Memetik laporan Guardian, François memberitahu pihak berkuasa Colombia bahawa pengalaman pahitnya bermula pada Disember lalu apabila arus telah menghanyutkan perahu layar ke ketika beliau sedang membuat kerja pembaikan di pulau St Martin di Antilles Belanda.
Saya menghubungi rakan-rakan saya, mereka cuba menghubungi saya, tetapi saya hilang isyarat. Tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan selain duduk dan menunggu”
François berkata beliau mengumpul air hujan dengan kain untuk dijadikan minuman. Walau bagaimanapun, ketika ditemui, François berada dalam keadaan sihat namun berat badannya telah susut.
Demi meneruskan hidup, François perlu sentiasa mengeluarkan air dari bot untuk mengelakkan daripada tenggelam. Beliau juga cuba menyalakan api untuk menghantar isyarat kecemasan tetapi tidak berjaya.
Akhirnya, sebuah kapal terbang lalu dan beliau memberi isyarat dengan cermin. Beliau berkata tentera laut memberitahunya bahawa dia dikesan ketika pesawat itu berlalu semula di kawasan tempat beliau memberi isyarat dan menyelamatkanya.
Baca: “Lama teringin nak jejak situ” – Lelaki Bongkar Pulau Misteri Di Sebelah Jambatan Pulau Pinang