in

“Hanya wanita b*d*h mempertahan laki KDRT” – Netizen Indonesia Mahu Boikot Lesti Kejora

Lesti Billar Akan Diboikot

Kisah penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora yang didakwa dipukul oleh suaminya, Rizky Billar hingga mengakibatkan kecederaan telah menjadi topik hangat yang dibincangkan netizen bukan sahaja di negara seberang namun di Malaysia juga.

Walau bagaimanapun baru-baru ini, ramai peminat penyanyi tersebut bengang dengan keputusan Lesti yang katanya telah menarik semula laporan polis terhadap suaminya selepas dipukul dan dicekik pelakon itu.

Kejora

Menurut CNN Indonesia, Lesti dikatakan sudah bersepakat untuk berdamai dengan suaminya dan sekaligus menarik laporan tersebut.

Terima kasih banyak dari mulai saya lapor sampai proses berjalan. Alhamdulillah pada akhirnya saya memutuskan untuk mencabut laporan terhadap suami saya.

“Alasannya anak saya. Mau bagaimana pun suami saya, dia bapak dari anak saya,” katanya dalam satu sidang media.

Tambah Lesti lagi, Rizky juga sudah meminta maaf kepadanya dan keluarga kerana melakukan keganasan rumah tangga (KDRT).

Lesti 1665803517

“Seindonesia kena prank” 

Susulan keputusan Lesti, ramai di kalangan netizen di Indonesia meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan penyanyi berkenaan yang masih mahu mempertahankan suaminya meskipun telah dikasari dan dianiaya.

Malah ada yang mengatakan mereka mahu boikot penyanyi wanita itu dek kerana pendiriannya yang dibimbangi bakal menjadi normalisasi masyarakat setempat.

00414832

“Lesti Kejora adalah penyanyi dangdut yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari suaminya. Selepas suaminya diancam dengan hukuman penjara mengikut laporan polis yang dibuat, Lesti kemudian menarik balik laporan. 

“Sebagai public figure kami bimbang masyarakat juga akan mengikuti langkahnya seolah menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga adalah hal yang wajar dilakukan,” kata netizen dalam satu petisyen yang mahu memboikot penyanyi itu.

Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang meminta agar Lesti tidak lagi muncul di kaca TV kerana tidak mahu beliau menjadi idola masyarakat.

@efand_azka

#leslar #lestykejora #riskybillar #kdrt #tiktoklampung #fyp

♬ suara asli – Efand_Azka – 🅴🅵🅰🅽🅳_🅰🆉🅺🅰

Lebih menarik lagi, isu ini juga mendapat perhatian netizen di Malaysia yang sama-sama merasa kecewa dengan tindakan Lesti Kejora.

Kena Prank

Apa-apapun kita doakanlah semoga Rizky Billar betul-betul berubah dan tak ulang lagi kesilapan dia. Tak mahulah pisang berbuah dua kali kan…

Baca: “Netizen sengaja besarkan” – Peguam Nafi Rizky Billar Pukul Isteri, Dakwa Lesti Cedera Sebab Jatuh Tandas

Lesti

Sumber: mStar
Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog
Sumber: TikTok