in

Hanya Kerana Borak Dengan Pelajar Wanita, Pelajar Tingkatan 2 Ditekap Seterika Di Ipoh

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah memasuki tahun 2022, kejadian buli dalam kalangan pelajar masih lagi berlaku di sekolah-sekolah. Lebih menyedihkan, seperti tiada pengajaran yang diambil oleh para pelajar daripada apa yang pernah terjadi dalam kes-kes buli sebelum ini.


Terbaharu, seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 dilaporkan cedera akibat dipukul oleh pelajar senior yang turut menggunakan seterika panas. Kejadian difahamkan berlaku di sebuah sekolah di Teluk Intan, pada khamis lalu.

Menurut sumber, kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 malam itu hanya berpunca daripada perasaan cemburu pelajar senior terhadap mangsa yang berbual dengan seorang pelajar wanita.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 14 tahun itu telah dicederakan oleh 10 pelajar senior berusia antara 16 hingga 17 tahun semasa berada di asrama sekolah.

Salah seorang suspek telah membawa mangsa ke sebuah bilik di asrama, lalu memukul mangsa beramai-ramai termasuk mencederakan pelajar tersebut dengan menggunakan seterika panas.

Mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan. Menurut sumber, mangsa mengadu sakit di bahagian pinggang dan kini berada dalam keadaan stabil.

Hasil soal siasat mendapati pergaduhan berpunca daripada perasaan cemburu kerana mangsa berbual dengan seorang pelajar wanita, yang juga merupakan teman wanita kepada suspek yang membulinya.

Untuk rekod, kesemua suspek yang terlibat telah ditahan pada hari yang sama dan direman selama empat hari sehingga hari Isnin ini.

Sumber: Sinar Harian

BACA: 90 Tekapan Seterika Wap Sebabkan Kematian Zulfarhan, Hakim Dedah Mangsa Boleh Diselamatkan Jika...

Capture 1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.