in

Hantu ‘Join’ Pasukan Bola Thai Dalam Gua

Tha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, berita tergempar tentang sepasukan pemain bola sepak Thai yang terperangkap dalam gua menjadi buah mulut satu dunia. Semua orang sebulat hati mendoakan keselamatan dorang. Syukur akhirnya bila penantian ni berakhir dengan kegembiraan sebab misi menyelamatkan dorang semua berjaya. 


Tha3
sumber: feedytv

Banyak gila informasi yang dikongsi kat media sosial sepanjang misi menyelamat tu. Tapi yang menjadi tanda tanya netizen ialah penampakan benda pelik dalam gambar yang ditangkap dekat tempat dorang terperangkap iaitu di Tham Luang – Gua  Khun Nam Nang, Pong Pha, Mae Sai, Chiang Rai. Benda pelik apa pulak??

Menurut FeedyTV, Panka Kongkia yang mula-mula berkongsi gambar tu memang tak perasan apa-apa benda pelik dekat dalam gambar tu. Tapi lepas lama dibelek, dia perasan ada penampakan bayang orang dekat sebelah kiri dalam gambar tu.

Tambahnya lagi, dia nampak tentera yang kedua daripada kiri tu macam tengah berdiri atas tengkorak! Erkkk! 

Ramai yang musykil sama ada semua ni mungkin terjadi sebab angle dan pencahayaan dalam gambar tu.

Tha1
sumber: feedytv

Dalam gambar, budak-budak Thai tu dan coach dorang dapat dilihat sedang duduk dekat curam masa mereka mula-mula dijumpai oleh penyelam dari British. Walaupun gambar tu nampak normal, tapi sebenarnya kalau diperhatikan, korang boleh nampak kelibat pelik sebelah dorang.

Tha2
sumber: feedytv

Penampakan dalam gambar tu membuatkan ramai orang percaya mungkin ada kuasa ghaib yang sebenarnya telah menyorokkan dorang ni semua dalam gua tersebut dan menyebabkan usaha mencari menjadi payah!

Apa pendapat korang bila tengok gambar-gambar tu? Memang betul ke tu kelibat makhluk lain?

Baca: Wow! Teknologi Elon Musk Bakal Bantu Mangsa Gua di Thailand

Tha4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.