in

“Hantar gambar nude please” – ‘Stranger’ Gila Seks DM IG Minta Gambar Bogel Gadis Ini, Tapi Netizen Pula Suruh Dia labuhkan Tudung?

Feature Image Dada

Sekarang ni, gangguan seksual terhadap golongan wanita boleh berlaku dimana sahaja. Kadang-kadang tu, individu itu tidak mengenakan pakaian yang seksi pun, tapi dia tetap kena ganggu juga.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai seorang gadis yang berkongsi dirinya telah di ganggu secara seksual oleh individu yang tidak dikenali melalui direct message (DM), Instagram.

Menurut perkongsian @fairytofufa, dia telah menerima gangguan seksual oleh pengguna akaun @Khai1226 di mana individu misteri tersebut terus menerus meminta gambar bogelnya.

Individu tersebut telah mengambil gambar Alya tanpa kebenarannya dan menghantar melalui DM dengan berharap boleh dapat gambar bogel hasil permintaannya.

Emrdqmpuuae0Phy 1
Sumber: twitter

Namun, setelah gadis ini memuat naik hasil DM berkenaan di laman Twitter, ada juga netizen yang berpendapat bahawa dia dikacau oleh stranger tersebut adalah disebabkan salahnya sendiri.

Dia macam ni, kau up gambar kau untuk tatapan umum. Maksudnya kau dah bersedia untuk siapa-siapa saja yang tengok kau. “Siapa2” tu bukan semua yang normal. Kalau rasa tak selesa private je.”

1 7
Sumber: twitter

 

2 9
Sumber: twitter

 

3 6
Sumber: twitter

Ada juga netizen beranggapan bahawa akaun fake yang menggangunya itu berkemungkinan bukan lelaki. Sesiapa sahaja boleh menyamar kan?

6 2
Sumber: twitter

Bagi admin pula, tak salah untuk menegur dan menerima teguran orang lain. Tapi untuk post awareness macam ni, kalau boleh kita lebih peka la dan bukannya terus nak menghentam dan mencari kesalahan mangsa. 

 

Baca: “Tak dapat cara lembut, aku paksa!” – Gangguan Seksual Zaman Sekarang, Dekat Group Whatsapp Pun Jadi!

L 2