Macam yang korang tahu, Caprice memang selalu memberikan pandangannya mengenai isu-isu semasa.
Oleh yang demikian, Caprice turut tidak terlepas untuk memberikan komen mengenai isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu mengenai kes seorang pelakon yang didakwa memukul isterinya.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Caprice telah meletakkan sedutan temubual Shuhada Shukri ketika bersama Melodi.
Mengulas mengenai perkara ini, Caprice yang enggan memetik nama mengatakan bahawa seorang lelaki sejati tak akan naik tangan pada wanita dan hanya lelaki pengecut dan lembik yang akan berbuat demikian.
Kalau hang berani pukul perempuan sebenarnya hang bukan jantan. Hang tak ada tel*r. Hang lelaki yang paling lembik sebab apa? Sebab hang berani pukul perempuan. Dia sama ibarat macam hang pukul mak. Hang okay ke kalau orang pukul hang punya mak?”
https://www.instagram.com/p/Cpb3efLP8Qu/
Caprice turut menasihati kaum lelaki yang tidak dapat mengawal perasaan marahnya dengan berzikir untuk keluar rumah dan mencari mana-mana gangster tepi jalan dan ajak bergaduh supaya isteri selamat di rumah.
Kalau istighfar tak jalan, hang pi lah keluar rumah, pi cari gangster ajak dorang gaduh.”
Selain itu, ramai mangsa-mangsa lain yang enggan bersuara ekoran memikirkan aib. Oleh itu, dia berharap isu ini dapat memberi kesedaran tentang isu keganasan rumah tangga.
Baca: “Lagi sakit daripada jahit beranak” – Shuhada Ditumbuk 3 Kali, Luka Sedalam 0.3mm