in

‘Handa orang ghombau haa’ – [Video] Tular Budak 9 Tahun ‘Drive’ Proton Saga Cetus Kebimbangan Masyarakat

Gambar Hiasan 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika majoriti kanak-kanak lelaki mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta mainan untuk bermain bersama rakan-rakan, lain pula hal yang terjadi di Rembau sebuah daerah dari Negeri Sembilan ini.


Tular pagi tadi apabila sebuah video seorang budak lelaki yang dipercayai berusia 9 tahun ‘drive’ sebuah kereta Proton Saga milik bapanya. Tanpa pengawasan orang dewasa, budak lelaki itu dengan beraninya memandu kereta tersebut seakan bersiar-siar di kawasan itu.

Polis cari kanak-kanak darjah tiga pandu kereta REMBAU – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Ahad, 6 September 2020

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki yang dipercayai perakam video tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap bapa kanak-kanak lelaki itu yang memberikan kebenaran untuk memandu kereta tersebut. Bukan itu sahaja, perkara ini turut boleh mengundang bahaya kepada budak lelaki itu dan juga orang awam.

1 4

2 4

3 3

Pun begitu, menurut Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam, pihaknya sudah berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa murid berkenaan dan kesemua mereka kini sedang diambil keterangan lapor Kosmo.

Tambahnya lagi, pihak polis akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan selanjutnya akan diambil.

 

Baca: Malang tak berbau – Budak Perempuan Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda Ketika Main Basikal Di Kawasan Rumah

Z

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.