in

Hampir Suku Juta Rakyat Malaysia Diisytihar ‘Bankrap’ Sejak Mac Lalu, Kebanyakannya Masih Muda

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang terkesan dari segi kewangan lagi-lagi sejak pandemik yang lepas. Bukan tu je, sekarang ni harga makanan pun semakin meningkat dan mungkin menyebabkan ramai yang ikat perut.


Tak cukup dengan itu, baru-baru ni Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) mendedahkan sejak Mac tahun ini, seramai 287,411 individu di Malaysia telah diisytihar muflis.

Selain pandemik, Kosmo melaporkan antara punca utama adalah perkara ini berlaku adalah disebabkan kegagalan mereka menjelaskan pinjaman ekoran baki simpanan dalam akaun bank tidak mencukupi.

Tambah menyedihkan, kebanyakan individu ini adalah orang muda yang masih bekerja.

Gettyimages 1132572010 1800Px1 4350Eef0E33645A9Bc500539Da314D09

Menurut pegawai MDI Zarina Alias, Selangor telah merekodkan jumlah muflis tertinggi diikuti dengan Kuala Lumpur dengan jumlah sebanyak 71,659 dan 45,630.

Berdasarkan statistik, pekerja dari sektor swasta dan ahli perniagaan adalah kumpulan yang paling terkesan dan kebanyakan dari mereka berusia dari 35 hingga 44 tahun.

Jelasnya lagi, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perniagaan dan lain-lain adalah faktor utama bankrap. Ramai yang memilih untuk mengambil pinjaman peribadi bagi mendapatkan wang tunai kerana pelbagai sebab.

Masalah ini menjadi lebih teruk apabila mereka gagal mengawal wang tersebut dan akhirnya terperangkap dengan komitmen bulanan yang tinggi.”

Sementara itu, Zarina turut kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan diri dari diisytihar muflis iaitu:

  • Berbelanja untuk keperluan dan bukan keinginan
  • Urus hutang dengan bijak
  • Buat simpanan
  • Berhati-hati dengan pinjaman

Min faham, bila tengah terdesak kita terpaksa lakukan macam-macam cara untuk dapatkan duit tapi sebelum buat keputusan lebih baik fikir dan kenal pasti dulu perjalanan kewangan korang, okay?

 

Baca: Covid-19 : Ratusan Jenama Terkenal Isytihar Muflis Dan Ribuan Cawangan Ditutup

Untitled Design 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.