in

Hampir 80% Rakyat China Telah Dijangkiti COVID-19

Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, hampir 8 daripada 10 rakyat China telah dijangkiti COVID-19.



Walaupun COVID-19 telah menjadi endemik, masih ramai yang menyuarakan kerisauan masing-masing disebabkan perayaan Tahun Baru Cina yang selalunya disambut secara besar-besaran di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou, kebarangkalian gelombang jangkitan COVID-19 dalam jangka masa terdekat adalah rendah.

Covid-19

“Hampir 80% rakyat China telah dijangkiti COVID-19. Oleh sebab itu, peningkatan dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang adalah rendah. Namun, pergerakan secara besar-besaran mungkin akan menyebabkan peningkatan kes dalam beberapa kawasan.”

Tambah lagi, seorang Pegawai Kesihatan Kebangsaan China juga mengesahkan negara itu telah melepasi kemuncak Covid-19 bagi semua kategori pesakit.

Macam mana pula dengan keadaan di negara kita ya?

Sumber: Awani

Baca: “Penyelamat perkahwinan kami,” Pasangan Tak Jadi Cerai Lepas Isteri Kena Covid-19

Covid

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.