in

“Hampir 230 kes seluruh dunia” – MySejahtera Akan Digunakan Untuk Pemantauan Cacar Monyet

Mysejahtera Guna Pantau Monkeypox

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan bakal menggunakan aplikasi MySejahtera bagi memantau kes Cacar Monyet atau Monkeypox bermula hari ini menurut Khairy Jamaluddin susulan penularan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut ini di beberapa buah negara.

Tambah KJ lagi, aplikasi MySejahtera juga bakal memperkenalkan fungsi baru selain akan memberikan amaran kepada pelancong yang tiba dari negara di mana cacar monyet telah merebak atau negara berstatus endemik.


Menurut laporan, amaran tersebut akan meminta pengembara dari negara terbabit dengan penularan wabak cacar monyet ini dikesan untuk membuat pemantauan kendiri selama 21 hari iaitu tempoh inkubasi bagi memerhatikan sama ada terdapat jangkitan mahupun simptom cacar tersebut.

Monkeypox Malaysia 768X768 1

“Mereka yang telah dijangkiti akan menunjukkan simptom seperti demam panas, bengkak di bahagian leher, bawah lengan atau pangkal peha. Selain itu, perhatikan juga perubahan pada kulit seperti ruam, vesikel atau kemunculan gelembung berair dan lain-lain”

Difahamkan, amaran tersebut akan dikeluarkan kepada pengembara dari Cameroon, Congo, Nigeria dan Central African Republic yang mana monkeypox ialah endemik selain negara-negara lain yang bukan endemik seperti Australia, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan USA.

284190214 384409550387721 8059485333028675325 N

Selain itu, tambah KJ lagi, aplikasi MySejahtera juga akan digunakan sebagai alat penilaian di rumah (HAT) untuk pesakit mengemaskini status kesihatan mereka sekiranya ada kes penularan cacar monyet tersebut di Malaysia.

Setakat semalam, masih belum ada kes cacar monyet dilaporkan di Malaysia walaupun sebelum ini ada seorang wanita mendakwa anaknya sudah mendapat cacar berkenaan. Namun, selepas ujian dijalankan, kanak-kanak tersebut didapati positif jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD).

Screenshot 3

Dalam masa yang sama, KJ tidak menyatakan bahawa tempoh 21 hari kuarantin wajib akan dikenakan kepada mereka yang terkena jangkitan tersebut setakat ini. Difahamkan, Malaysia bersedia untuk memberikan antiviral kepada pesakit selain memberikan vaksinasi kepada mereka yang menjadi kontak rapat dan juga petugas kesihatan.

Menurut WHO, vaksinasi cacar air didapati berkesan dan mampu memberikan perlindungan terhadap monkeypox dan tahap keberkesanannya sekitar 85% menurut dapatan daripada kajian yang dilakukan mereka.

Untuk rekod, terdapat 226 kes monkeypox telah dilaporkan di 21 buah negara dalam penularan antarabangsa baru-baru ini.

Baca : Didakwa Ada Kes Monkeypox Di Malaysia, TS Noor Hisham Tampil Bagi Respon

Ft Noor Hisham Respon Rumors Monkeypox

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: MetroTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.