in

“Hampir 100 Ribu Rakyat Malaysia Dijangka Muflis Tahun Hadapan”- PPPPM

Rakyat Malaysia Bakal Muflis 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) baru-baru ini mendedahkan bahawa ramai rakyat Malaysia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun dijangka muflis menjelang tahun hadapan selepas segala bantuan dan kemudahan kewangan daripada kerajaan tamat. 


Menurut presiden persatuan tersebut, Tuan Haji Rosland Bin Mohd Arif, selepas tamat segala jenis pinjaman, moratorium, pakej i-Sinar dan pengeluaran wang KWSP nanti, ramai akan beralih kepada peminjam wang bagi mengatasi kesempitan wang yang dihadapi.

Difahamkan beliau sendiri menerima hampir 900 panggilan mengenai kes muflis setiap hari dan jika ditambah, hampir 10,800 setahun! Lebih membimbangkan, jumlah ini hanya diterima olehnya sahaja, belum ditambah dengan panggilan yang diterima oleh pegawai-pegawainya lagi.

4Pm

Sebelum itu, Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir telah memberikan amaran tentang majoriti ahlinya kini berkemungkinan ‘miskin-tua’  disebabkan pengeluaran demi pengeluaran yang dilakukan demi melangsungkan hidup gara-gara pandemik Covid-19.

Secara tak langsung, ini menyebabkan rata-rata ahli mempunyai simpanan yang tidak mencukupi dan dikhuatiri tiada langsung simpanan selepas bersara nanti.

“48 peratus ahli KWSP dibawah umur 55 mempunyai simpanan yang sangat rendah” 

Kwsp5 1

Difahamkan, menerusi maklumat yang diperolehi, terdapat 48 peratus ahli (pencarum) KWSP mempunyai simpanan yang sangat rendah dan mereka ini adalah berusia dibawah 55 tahun dan ini merupakan peningkatan sebanyak 28% sejak pandemik melanda.

Dalam masa yang sama, pengerusi NGO 4PM turut meminta campurtangan pihak kerajaan bagi membantu mereka yang terlibat, ini kerana berkemungkinan besar mereka akan bergantung kepada peminjam wang atau ‘ahlong’ pula nanti.

Difahamkan, pihaknya menerima banyak laporan tentang gangguan dan ugutan yang diterima daripada peminjam-peminjam wang ini selain ada yang bertindak mengganggu keluarga peminjam selain rata-rata meletakkan bunga yang tinggi sehingga 6 peratus!

Baca : Lelaki Sanggup Bakar Bentley Semata-Mata Nak ‘Claim’ Duit Insurans Untuk Bayar Hutang Ahlong

Bakar Bentley Nak Claim Insurans Bayar Hutang Ahlong

Sumber: Facebook
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.