in

“Hah tu lah, kan dah mendapat” – Wanita Ini Disahkan Lumpuh Selepas Main Gusti Dekat Majlis Kahwin

Feature Lumpuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau perkahwinan dekat Malaysia ada yang akan buat majlis berinai, majlis khatam Al Quran, persembahan tarian zapin semasa majlis berlangsung.


Tapi baru-baru ini seorang wanita dilaporkan lumpuh sebelah badan akibat terlibat dalam permainan gusti dalam majlis perkahwinan keluarga.

 

St6
Sumber: mirror

 

St4
Sumber: mirror

Menurut portal Mirror, wanita itu yang dikenali sebagai Carol Dickson-Fisher dikejarkan ke hospital sehari selepas bermain permainan gusti dalam pakaian empuk di sebuah majlis perkahwinan.

Akibat daripada aktiviti yang dilakukannya itu, wanita berusia 52 tahun ini dikatakan mengalami tekanan di bahagian leher dan seterusnya menyebabkan pendarahan di bahagian otak.

Dalam hanya masa satu hari sahaja dia sudah tidak dapat menggerakkan badannya dan dikatakan lumpuh.”

Permainan gusti itu dianjurkan oleh keluarga pengantin perempuan bagi keluarga yang hadir dan menyediakan kelengkapan bergusti seperti tikar gusti sumo dan pakaian gusti yang empuk.

Suami kepada wanita itu berkata selepas kejadian itu, isterinya sudah tidak seperti dahulu dan personalitinya sudah berubah. Dia turut menyesal kerana main permainan itu.

“Saya seperti menjaga seorang kanak-kanak. Saya terlalu sedih lihat keadaan dia yang sekarang.” katanya.

Sejurus lihat keadaan Carol yang kelihatan seperti tidak sihat, suaminya terus memanggil ambulans untuk di bawa ke hospital.

Hasil imbasan daripada Computed Tomography (CT), didapati bahawa terdapat pendarahan dan bengkak di bahagian otak. Disebabkan itu sebahagian besar tengkorak kepalanya terpaksa dikeluarkan.

St7
Sumber: mirror

Sejak dimasukkan ke hospital, Carol masih belum boleh berjalan dan kemudiannya dia di tempatkan pusat pemulihan di Cornwall.

Bahagian kiri mukanya lumpuh bersama dengan lengan kiri dan kakinya.

Sebelum ini Carol, 52, telah menghadiri perkahwinan di Estet Milward di Laughton, East Sussex, pada 10 Ogos yang lalu.

 

St3
Sumber: mirror

Korang kalau nak berseronak dalam sesuatu majis tu, tolong berhati-hati juga ye.

 

Baca: “Muda-muda dah dapat calon” – Netizen Jeles Tengok Budak 14 Tahun Berkahwin Gadis Cantik Umur 21 Tahun!

Muda2 Dah Kwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.