in

Hadiah Istimewa Buat Masyarakat Islam Greece, Masjid Pertama Dibina Selepas Menanti Hampir 200 Tahun

Ft Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan mimpi, setelah hampir 200 tahun umat Islam di Greece akhirnya mempunyai tempat untuk menunaikan ibadah mereka sendiri.


‘Kejayaan’ tersebut diraikan dengan solat Jumaat, 6 November lalu namun dijalankan mengikuti norma baharu seperi memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial serta membawa sejadah sendiri.

Khutbah Jumaat tersebut telah dibacakan dalam bahasa Greek turut menegaskan kepentingan masjid sewaktu zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W, yang berfungsi sebagai pusat komuniti.

Capture 6 4

Masjid itu mengambil masa 14 tahun untuk dibina hanya mula dibenarkan pembinaanya pada tahun 2016 oleh Parlimen Athen.

Sebelum ini komuniti Muslim di negara itu hanya melalukan solat di masjid-masjid sementara yang dibina di ruangan bawah tanah dan bilik yang tidak digunakan lapor Muslim Council.

Walaupun masjid yang dibina ini tidaklah begitu sempurna dengan kapasiti yang hanya mampu memuatkan 300 jemaah lelaki dan 50 jemaah perempuan, namun bagi mereka ia masih dianggap sebagai satu permulaan yang baik.

Capture 1 2 6

Ianya bagaikan hadiah istimewa buat Islam kerana akhirnya mereka mempunyai tempat untuk menunaikan ibadat yang sempurna kerana ianya adalah hak asasi manusia yang tidak dapat dinafikan.

Allhamdulillah, ia sudah merupakan pencapaian yang sangat besar bagi mereka di sana, kita disini jangalah pula ambil mudah kemudahan yang ada…

 

Baca : Pintu Masjidil Haram Dirempuh Kereta, Semua Jemaah Selamat

Capture 6 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.