in

“Habislah doktor tu” – Cucu ‘Tycoon Hong Kong Mati Diberi Banyak Sedatif Waktu Buat Prosedur Sedut Lemak & Besarkan Payudara

Cucu Tycoon Hk

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia ketika sedang melakukan prosedur menyedut lemak dan pembesaran payudara bulan lepas di Korea Selatan, lapor SCMP. Disebabkan itu, sebuah keluarga konglomerat di Hong Kong dikhabarkan akan menyaman klinik pembedahan plastik atas sebab kelalaian hingga menyebabkan kematian ahli keluarga mereka.

Lipo3

 

Doktor bagi terlalu banyak sedatif

Pada 21 Januari, Bonnie telah menjalani prosedur yang dilakukan oleh Dr Kim yang mengaku mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai pengamal perubatan dan dibantu oleh doktor bedah, Jung Tae-gwang serta jururawat bernama Park Mi-soo.

Tiada pakar anestetik yang mengawasi prosedur itu dan mesin digunakan adalah mesin yang sama digunakan untuk memberi sedatif yang kuat kepada pelanggan.”

Meskipun Bonnie dikatakan sedang kesakitan dan menggigil ketika pembedahan, Kim mengarahkan Jung untuk memberi suntikan sedatif, ketamin dan midazolan sebanyak dua kali.

Lipo2

Kim kemudian mula menyedut lemak dari tangan kiri Bonnie dan ketika itulah tahap oksigen jatuh menghampiri 80 peratus. Muka Bonnie bertukar menjadi pucat dan bibirnya berwarna biru.

Malangnya, sewaktu ambulan sampai di klinik itu keadaan Bonnie sudah teruk di mana darah keluar dari mulut dan hidungnya ketika mereka cuba melakukan prosedur membangunkannya dari pengsan.

Bonnie disahkan meninggal dunia satu jam kemudian di Catholic University of Korea’s Eunpyeong St Mary’s Hospital. Mayatnya tidak dapat dikebumikan di Hong Kong kerana wabak coronavirus yang sedang menular sebalinya keluarga telah membakar mayatnya di Korea Selatan pada 13 Februari.

 

Cucu pemilik bisnes terkenal

Kes ini menjadi tumpuan ramai di Hong Kong dan Korea kerana mangsa, Bonnie Evita Law berusia 34 tahun itu merupakan cucu Law Ting-pong iaitu pemilik perusahaan pakaian terkenal, Bossini.

Bos1

Pada hujung Januari, berita kematian Bonnie tersebar luas namun baru kini identitinya didedahkan kepada umum. Suami Bonnie, Danny Chi mewakili keluarga tersebut telah memfailkan saman terhadap klinik dermatologi itu, dua doktor serta seorang jururawat yang terlibat atas tuduhan membunuh dan memalsukan dokumen pre-surgery.

Kematiannya sangat tidak adil dan menyalahi undang-undang. Semuanya hanya kerana kecuaian besar, ketamakan dan ketidakcekapan mereka.”

Tiada apa yang dapat kembalikan isteri saya. Semua ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang lain. Saya tak mahu tragedi yang sama berulang dan berlaku kepada keluarga lain.”

 

Klinik masih buka seperti biasa!

Difahamkan, polis Seoul sudah menjalankan siasatan jenayah ke atas pertuduhan ini dan mereka mendapati klinik itu masih beroperasi seperti biasa. Lebih dahsyat, doktor yang sama didakwa melakukan kecuaian itu masih melakukan pembedahan kepada pelanggan lain.

Keluarga berharap laporan bedah siasat oleh polis akan diterima pada bulan depan dan saman tetap akan diteruskan atas tuduhan tidak melakukan ‘pre-surgery’ ke atas Bonnie untuk mengenalpasti apa-apa alahan terhadap ubat anestetik.

Lipo4

Mereka juga mendakwa klinik serta doktor tersebut tidak menawarkan Bonnie pilihan supaya prosedur anestetik itu diketuai oleh pakar berlesen

Baca: “Padahal buat pembedahan plastik” – Lucinta Luna Dikhabarkan Alami Kemalangan Tapi Musuhnya Kata Dia Tipu?

Collage 53

Sumber: SCMP
Sumber: Facebook